i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Thursday, January 13, 2011

Fasha Kunci Mulut | Kontroversi Gambar Seksi


kredit to mStar Online


tak abeh-abeh kontroversi si Fasha Sendat Sandha neh..haish..

Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internet.

Jelas Fasha, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.
“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya.
“Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.
Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.
Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.
Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.
“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.
“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya.
Tambah Fasha, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan asam garam dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis.
Malah katanya, dia sudah biasa berhadapan dengan kontroversi yang lebih teruk sebelum ini.

ape-ape je la cik Fasha oii...dah terang-terang memang gambar awak yang pakai bikini tu..x kan awak nak kate tidak pulok kan....kalau dah awak menafikan gambar tu...abeh tu gamba sape plak yang bertepek tu ye ...

2 comments:

aienz nawawi said...

tu la . betul3
gamba dia yg terang-2 tgh enjoy sakan
haiyaa

Datin Ellis Suriyani said...

@aienz..tu la pasal..haishh