i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Saturday, July 23, 2011

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda Jepun

TOKYO: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 menggegarkan utara Jepun, hari ini, tetapi tiada laporan kerosakan dan bahaya yang dilaporkan berlakunya tsunami di negara itu, kata ahli geologi.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 1.34 petang tadi (waktu tempatan) di luar pesisir pasifik Miyagi tercetus di kawasan yang sama ketika gempa bumi besar 11 Mac lalu sehingga menyebabkan tsunami. 

Agensi Meteorologikal Jepun menjangkakan magnitud yang dicatatkan 6.5. 

Pusat gempa adalah 125 kilometer timur laut bandar Sendai, ibu kota Miyagi. - AFP

Friday, July 22, 2011

Dajal Dan Asal Usulnya


Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim) Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua.
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelm itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”


Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.


Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Wednesday, July 6, 2011

Lisa Surihani Bukan Menyibuk Pada Majlis Orang



Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2010, Lisa Surihani menjelaskan kehadirannya pada majlis-majlis tertentu yang tiada berkaitan dengan dirinya bukan untuk menyibuk tetapi memberi sokongan sesama rakan artis.

Jelas Lisa, dia tidak pernah terfikir untuk meraih perhatian media ataupun sesiapa sahaja ketika berada pada sesebuah majlis.

"Setiap majlis kebiasaannya saya datang kerana dijemput dan ada juga majlis terbuka yang saya datang semata-mata untuk beri sokongan kepada kawan-kawan.

"Jika ada tuduhan mengatakan saya hendak menyibuk seperti yang diperkatakan, saya seorang yang sentiasa berfikiran positif dan bagi saya itu bukan perkara yang salah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem SAM, di sini, Isnin.

Lisa menjelaskan ketika ditanya tentang komen pada ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang mempersoalkan tindakan seorang artis yang dilihat muncul pada beberapa majlis hiburan yang tiada kaitan dengannya.

Walaupun gosip tersebut tidak menyebut namanya, tetapi beberapa pihak mendakwa ia ada kaitan dengan Lisa.

Dia yang dikaitkan bercinta dengan pengarah Yusry Abdul Halim itu juga dikatakan terlalu banyak menonjolkan diri tanpa menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai pelakon popular.

Tambah Lisa, tidak mahu niat baiknya untuk bersama-sama menyokong industri seni tanah air disalah ertikan oleh segelintir pihak.

Dalam pada itu, dari segi lakonan filem, Lisa berkata dia hanya membintangi tiga buah filem sepanjang tahun ini berbanding enam buah filem ditayangkan pada tahun lepas.

"Tahun ini filem saya kurang separuh iaitu hanya tiga buah filem sahaja berbanding tahun lepas enam buah filem.

"Mungkin kerana banyak komitmen lain yang perlu saya bahagikan seperti untuk program Mari Menari dan beberapa iklan komersial.

"Namun bagi saya ia adalah untuk kebaikan juga kerana saya boleh mengekalkan nilai eksklusif," ujarnya yang turut membintangi filem SAM di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production Sdn Bhd.

Bercerita tentang filem terbarunya itu, dia mengaku teruja dan menantikan peluang untuk berlakon di bawah produksi berkenaan.

"Saya pernah terfikir dan berangan untuk berlakon di bawah arahan Datuk Yusof, dan ketika mereka tawarkan watak ini saya sangat terharu menerimanya.

"Biarpun arahan Syafiq yang juga merupakan pengarah baru, tapi saya yakin dia mampu untuk menghasilkan filem yang terbaik," katanya.

Tuesday, July 5, 2011

Gambar Lisa Surihani Berpakaian Askar Wataniah






Platun seni askar wataniah yang terdiri daripada artis-artis tempatan akan berlepas ke Lubnan akhir bulan hadapan bagi memberi semangat kepada pasukan pengaman di Lubnan.

Sokongan juga telah diberikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimana ianya merupakan permulaan yang baik kepada platun ini dan juga usaha ini dapat menarik minat kaum lain menyertai Askar Wataniah. Dalam platun ini, seramai 22 artis tempatan termasuk penyanyi Datuk Siti Nurhaliza terlibat dalam sesi latihan pertama itu Isnin 4/7/2011.

Kira-kira 300 orang yang sedang menunggu giliran untuk menyertai platun seni askar wataniah iaitu merupakan sambutan baik yang diterima daripada artis-artis tempatan.


Saturday, July 2, 2011

Perhimpunan Bersih 9 Julai Ini | 14 Ditahan Cuba Hasut Orang Ramai Sertai Demo Bersih



Seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Kesemua mereka termasuk tiga wanita ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di sebuah kedai makan di Jalan Teluk Wanjah di sini.

Ketua Polis Negeri Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Anak Bukit untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata polis turut merampas risalah mengenai perhimpunan itu yang dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.

"Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Polis dan Seksyen 108 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di tempat kumpulan tersebut ditahan.

Difahamkan antara yang ditahan ialah Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak polis menahan orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan haram itu
 
 

Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan



PETALING JAYA: Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, Jumaat.

Manakal bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.

Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.



Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.

"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," katanya.

Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat.

"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya.

"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Nina.

Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.

Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.

Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu.


sumber :- mstar.com.my

Gambar Terbaru Ayu Raudhah







kredit to :- beautifulnara & shahrizan photography

Pehal Curik URL Blog Aku?? Damn La..



Damn la ko..pehal lak ko curik URL blog aku ha??...dah la blog aku yang ni bermasalah sejak Blogger wat maintenance haritu..bila org search je..sure la x jumpe blog aku yang DatinEllis ni kan...aku pon x tau la pe masalahnye kan sampai jadik camtuh...

dah tu tetibe plak...bile aku search kat Yahoo ke..Google ke name Datin Ellis..boleh plak die kuar URL blog lame (gadis1810.blogspot.com) aku yang kene godam tu...dah la delete blog lame aku..pahtu curik skali title blog haku...xde bende lain ke ko nak buat haa???...

Blogger ni pon satu gak..haritu aku dah amek balek dah URL Gadis1810 tu...pahtu bile die buat maintenance yang sebelum ni tetibe ilang plak blog tu...padehal aku dah register dah..siap dah membebel lagik dalam tu..boleh kan tetibe die delete semule blog tu..delete kali kedua okeh....fine la if die delete je kan..ni siap ade plak name pempuan mane tah..NurSuze tetibe register under URL blog lame aku tuh...WTF..celah mane ko datang...dah la blog ko kosong kan..nak dengki dengan aku plak kan...

blogger-blogger lame kenal la aku..sebab aku pon dah lame berblogging since 2007 lagik..dulu aku naik pon dengan URL blog lame tuh..aku join event Nuffnang pon dengan blog lame aku tu...igt org lain x kenal ke URL tu aku punye...errrrghhh..siap de yang dok tanye aku lagik apesal blog aku kosong...padehal tu bukan blog aku..tu blog si pencuri blog aku....apekah??? lantak la..

to Blogger..sudah-sudah la tuh buat maintenance..skang ni blog aku yang bermasalah..esok-lusa ko buat maintenance lagik..blog sape plak yang hilang or blog sape plak yang dah x mesra alam...bile sume blogger lari ke hosting lain..baru ko tau nanti...damn la ko..

Friday, July 1, 2011

Justin Timberlake beli laman MySpace




LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.

“Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.

“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya.

MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.

Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)

Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.

Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi 

Rozita Che Wan Rehat Seminggu Akibat Jatuh Tangga



Pelakon jelita Rozita Che Wan mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya malam Rabu lalu.

Menurut Rozita, disebabkan kejadian tersebut ligamen kakinya itu koyak menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

"Saya baru sahaja pulang daripda penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Masa menaiki tangga, saya tergelincir menyebabkan saya terjatuh.

"Pada awalnya saya fikir hanya jatuh biasa tapi ketika hendak tidur kaki mula sakit yang teramat sangat," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia segera menghubungi abang kandungnya untuk ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini, bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Semasa hendak mendapatkan rawatan itu, kaki saya terlalu sakit dan saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung oleh abang saya untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital.

"Semasa doktor buat pemeriksaan x-ray dia hanya mendapati ligamen kaki saya hanya terkoyak. Nasib baik ia tak patah," katanya yang memberitahu kakinya masih lagi dibalut pada ketika ini.

Katanya, disebabkan kecederaan tersebut dia diberi rehat selama seminggu dan terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran drama.

"Doktor kata ia tidak teruk tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh.

"Saya terpaksa membatalkan beberapa sesi fotografi dengan beberapa majalah dan tangguhkan beberapa penggambaran drama dalam masa seminggu ini," katanya.

Rozita bakal memulakan penggambaran untuk drama khas Hari Raya iaitu Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung.

Damn La Blogger.Com Neh...Ko Buat Maintenance Semalam Sampai Blog Aku Dah Tak Mesra SEO

arghhh...damn la..pape tah Blogger neh..kalo nak buat maintenance pon jangan la sampai menganggu blog orang plak kan...dah elok-elok blog aku mesra SEO hape sume..tak pepasal jerk hilang terus...

jenuh aku dok search blog aku kat google, yahoo sume..tapi haram...bolehkan tak jumpe blog aku neh...patut la rase cam lain macam jerk ngan blog neh arini..mcm xde visitor..selalunye penuh jerk org masuk lam blog aku neh...tapi hari ni bleh kan xde...

ni yang aku tetibe nak tuka hosting neh..beli hosting sendirik lagik bagus..kalo dah blogger neh kekejap nak maintenance kekejap kang nak maintenance..pahtu ade jerk yang tak kene ngan blog orang..entry ilang lah...widget ilang la..

x pepasal jerk aku nak marah arini....haishh..

Permohonan Online Bagi Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Diploma/ Asasi Dan Program Profesional Dibuka



Permohonan Online Bagi Kemasukan Ke UiTM Bagi Program Diploma/ Asasi Dan Program Profesional Dibuka Pada 12 Tengahari 01 Julai 2011 Sehingga 31 Julai 2011. Pembelian No. Slip Melalui BSN Adalah Diperlukan Bagi Permohonan Online Tersebut. Terima Kasih.


CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)


1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).

2. Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari

3.  Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

5. Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat


"NOTA: Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran."