TOKYO: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 menggegarkan utara Jepun, hari
ini, tetapi tiada laporan kerosakan dan bahaya yang dilaporkan
berlakunya tsunami di negara itu, kata ahli geologi.
Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 1.34 petang tadi (waktu tempatan) di luar pesisir pasifik Miyagi tercetus di kawasan yang sama ketika gempa bumi besar 11 Mac lalu sehingga menyebabkan tsunami.

Agensi Meteorologikal Jepun menjangkakan magnitud yang dicatatkan 6.5.
Pusat gempa adalah 125 kilometer timur laut bandar Sendai, ibu kota Miyagi. - AFP
No comments:
Post a Comment