i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Saturday, July 2, 2011

Perhimpunan Bersih 9 Julai Ini | 14 Ditahan Cuba Hasut Orang Ramai Sertai Demo Bersih



Seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Kesemua mereka termasuk tiga wanita ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di sebuah kedai makan di Jalan Teluk Wanjah di sini.

Ketua Polis Negeri Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Anak Bukit untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata polis turut merampas risalah mengenai perhimpunan itu yang dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.

"Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Polis dan Seksyen 108 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di tempat kumpulan tersebut ditahan.

Difahamkan antara yang ditahan ialah Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak polis menahan orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan haram itu
 
 

No comments: