i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Monday, May 30, 2011

Pangsapuri Taman Hilir Kota1 | Bilik Untuk Disewa Area Melaka Raya


kepada sesiapa yang berkenaan yang sedang mencari bilik untuk disewa..tak kira lelaki atau perempuan...di Pangsapuri Hilir Kota 1 Melaka Raya ada kekosong beberapa buah bilik untuk disewa...

actually lelaki & perempuan tu bukan lah duduk serumah..tapi rumah yang berasingan...dan blok yang berasingan...satu rumah ade 3 bilik...rumah siap dengan kelengkapan perabot, sofa, television, meja makan, dapur untuk memasak, katil, almari pakaian..so, dat korang just cuci kaki then tidur je..

kemudahan pangsapuri ni adalah berdekatan dengan segala bank yang korang nak...bebetol kat town melaka..di kelilingi dengan kedai makan, kedai runcit, dekat dengan Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan yang sewaktu dengannya...pangsapuri ni juga ada swimming pool okeh..so, korang boleh la berenang dengan sesuka hati korang la kan...

pangsapuri ni agak selamat..sebab 24hours dikawal rapi oleh guard yang di bayar..so, rate untuk pangsapuri ni adalah RM280.00 sebulan (without aircond) & RM400.00 sebulan (with aircond + toilet)...so, korang pilih je la mane yang korang la kan...

segala pertanyaan..boleh la hubungi di talian :- 019-2119953..sekian terima kasih.. :)

Perkhidmatan Pemasangan CCTV, Networking, Door Access



hi all..just want to inform...kami ada menyediakan Perkhidmatan Pemasangan & Pembekalan CCTV, Networking, Door Access, Server, Komputer, Workstation dan semua yang berkaitan dengan IT..


jika berminat dan sebarang pertanyaan..boleh lah hubungi kami di talian :-


No Tel : 06-2863736
Fax No : 06-2867032
H/P No : 019-2119953


Kek Birthday Scha Al-Yahya Dari Awal Ashaari | Happy Birthday Sayang


happy besday sayang!!!ekeke..so sweet bile Awal Ashaari wish dekat Scha Al-Yahya..i x tau pon besday Scha hari ni 30 Mei..tetibe ternampak Awal wish dekat die..so, i pon google punye google..sekal betol 30 Mei adalah besday Scha Al-Yahya..so, kat atas neh..gamba kek yang Awal send dekat Scha..hehe..nyum..nyum...tetibe i terlapar lak tengok kek neh..ekekek



Sunday, May 29, 2011

Jelingan Manja Yusry Kepada Lisa Surihani | Percintaan Yusry Dan Lisa Surihani



Gosip cinta Lisa Surihani & Yusry memang meletup. Ada yang suka, ada yang tidak. Kami pun tumpang gembira walaupun hati agak gundah gulana dek penangan Lisa Surihani yang telah ditawan hatinya oleh Yusry.
Sebuah portal hiburan melaporkan bahawa Yusry sudah pun menemui keluarga Lisa Surihani, dan dia memang inginkan hubungan yang serius. Walau bagaimanapun, Yusry menyatakan hubungannya bersama Lisa Surihani masih di peringkat awal, apatah lagi nak bercerita soal perkahwinan.

Kemesraan Yusry & Lisa Surihani memang bukan dibuat-buat. Kebetulan, kami hadir di sebuah acara yang melibatkan kanak-kanak Down Syndrome. Ketika itu, Lisa Surihani sedang menunaikan tugasnya sebagai hos majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Al-kisahnya, meja kami hanya bersebelahan dengan meja yang diduduki oleh ibu kepada Lisa Surihani & Yusry. Yusry, kami lihat amat peramah melayan ibu kepada Lisa Surihani berbual-bual. Kemungkinan bercerita soal jodoh, kot?

Lisa Surihani pula, kami lihat dia sering merenung tajam Yusry. Malah, adakalanya dia membetulkan rambut Yusry, wah romantik gitu!

Peristiwa tersebut memang terjadi di depan mata kami. Apa pun, kami harap hubungan Yusry & Lisa Surihani sentiasa okay! Ehem, kami harap peminat Lisa Surihani tak meroyan. Kredit gambar, Farhan Che Hassan.

Gurau Cinta Liyana Jasmay & Fizz Fairuz

2 hari, kisah cinta Fizz Fairuz & Almy Nadia menjadi headline di akhbar-akhbar utama. Ramai yang bertanya, adakah mereka masih bercinta, atau sudah putus? Dalam sebuah portal, Almy Nadia menafikan gosip putus cinta apabila diajukan pertanyaan oleh pihak wartawan. Almy Nadia mengakui bahawa dia & Fizz Fairuz masih lagi pasangan kekasih walaupun jarang kelihatan bersama di majlis-majlis utama seperti dulu.

Hari ini, timbul pula cerita yang melibatkan seorang pelakon bernama Izreen yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan Almy Nadia & Fizz Fairuz. Pelik juga, tidak pula selama ini kami dengar desas desus wanita bernama Izreen ni. Siapakah dia, dan apakah dia?


Abaikan sebentar, ada cerita yang lebih menarik dimana Fizz Fairuz kini bermain cinta dengan Liyana Jasmay. Mereka berdua secara terang-terangan mengungkapkan kata-kata cinta di twitter. Apa yang kami lihat, kemungkinan kedua-dua pelakon ini sekadar propa, atau ingin memerli wartawan yang mengeluarkan gosip cinta berkenaan Almy Nadia & Fizz Fairuz, Ahad lalu.
Kelakar kami tengok, Liyana Jasmay begitu manja sekali memanggil Fizz Fairuz sebagai “b”, “I love you” & “I miss you”. Lagaknya macam pasangan kekasih yang bahagia je. Agaknya, Almy Nadia emosi tak andai kata terbaca status manja-manja ni?

Jerat Cinta Twitter Liyana Jasmay & Fizz Fairuz



TIBA-TIBA sahaja, nama Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz menempah kepanasan sepanjang minggu. Gara-gara bermain kata-kata dan terheret emosi dari lokasi filem Papadom 2 yang kini rancak melakukan penggambaran.

Spekulasi tercetus kononnya dua pelakon popular itu sedang bermain cinta. Semua itu terjadi ekoran kicau-kicau dan sapaan-sapaan manja di antara Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz yang tertera dengan jelas menerusi laman sosial Twitter mereka berdua.

Ganti nama ‘B’ bermaksud ‘baby’ yang boleh juga membawa erti sayang, menjadi pengganti diri menerusi sapaan Liyana terhadap Fizz. 

Perkara itu mudah sahaja disalah erti, terutamanya kepada individu yang tidak kenal personaliti mereka berdua. Begitu juga dengan, ungkapan seperti, ‘I miss U’, ‘I love U’ dan ‘I love you too’ yang mengisi paparan timeline Twitter mereka, membuatkan ribuan pengikut saling tertanya-tanya.

Lebih dramatik lagi, ibu kepada Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Papadom itu, Habsah Simpon, 54, juga terpaksa berdepan pertanyaan media. Dia ditanya tentang sejauh mana perilaku anak gadisnya itu dari kaca matanya sebagai seorang ibu.

“Mustahil untuk mereka berdua bercinta. Mereka memang suka bergurau bahkan seperti adik-beradik,” beritahu Habsah.

Terheret rasa ingin tahu, kekasih Fizz Fairuz, Almy Nadia juga tidak terlepas. Kepada sebuah portal hiburan, Almy bercakap dan meluahkan perasaannya.

“Saya rasa terkelu lidah dan tidak tahu macam mana nak jawab soalan tentang hubungan kami. Lebih baik soalan itu ditanya kepada Fizz sendiri,” jawab Almy.

Liyana sendiri sudah menerima bahagian yang perlu dijawab. Dia juga tidak terlepas daripada ditanya isu yang sama. Menurut Liyana, mereka sekadar ‘tweeting’ dan bersembang seperti kawan rapat. 

“Pelik la, sebab ia hanya untuk seronok, tak ada apa yang serius. Semua orang percaya bulat-bulat dan ambil serius apa yang tertulis di Twitter. 

“Saya hanya ketawa kerana dia dah macam abang saya. Saya dah kenal dia sejak umur saya 16 tahun lagi,” respons Liyana, juga kepada sebuah portal hiburan internet.

Semua kekeliruan itu seharusnya reda di situ dan sebagai nama yang turut terbabit dalam kepanasan ciptaan sendiri itu, pastinya tidak adil jika Fizz tidak diberi ruang untuk menjelaskan spekulasi yang terjadi.

Sama juga seperti Liyana Jasmay dan Habsah, Fizz mengakui hubungan antara dirinya bersama Liyana tidak ubah seperti abang dan adik. Sementelah mereka kini berpayung di bawah bumbung produksi yang sama demi komitmen terhadap filem baru, Papadom 2 arahan Afdlin Shauki.

Sensasi Bintang: Apa sebenarnya yang berlaku antara Fizz dan Liyana?
FIZZ FAIRUZ: Tidak ada apa-apa, dia ibarat adik saya dan kami berdua sedang berlakon dalam filem sama, Papadom 2. Kalau boleh, saya memang tidak mahu membesar-besarkan cerita. Biarlah perkara itu habis di situ sahaja.

Ini mesti terbawa-bawa dengan watak dalam filem. Apa yang kalian lakonkan dalam filem berkenaan?
Saya melakonkan watak lelaki yang disukai oleh Liyana Jasmay. Itu sahaja. Jadi, kami sekadar ‘tweeting’ dalam Twitter. Kira macam promosi awal untuk filem.

Jadi ungkapan-ungkapan itu sekadar satu gurauan, begitu?
Iya. Gurauan sahaja. Antara kami memang tidak ada apa-apa hubungan. Dia sudah macam adik saya.

Tidakkah nanti cara kalian ‘tweeting’ akan menyakitkan hati dan mencetuskan rasa cemburu di hati Almy Nadia?
Dia (Almy) sudah faham. Selepas apa yang terjadi, saya sudah jelaskan segala-galanya kepada Almy. Setakat ini tidak ada masalah, dia faham.

Apa impak yang Fizz rasai daripada perkara ini?
Sebab itu kalau boleh saya tak mahu panjangkan cerita, nanti orang akan fikir lain, macam saya ini jahat.

Jahat ke? Atau orang akan nampak bahawa Fizz seorang pelakon yang nakal?
Saya tak jahat, mungkin orang nampak saya nakal sebab saya peramah dengan orang. Tapi ramai juga yang salah tafsir. Saya sebenarnya biasa sahaja. Janji saya tahu siapa saya dan bagaimana pembawaan diri saya sebagai seorang artis.

Thursday, May 26, 2011

Fahrin Ahmad Di Hatiku | Aku Sudah Jatuh Cinta

 ya..i memang minat gilerrrr dengan Fahrin Ahmad okeh..minat gile-gile-gile...even i banyak dengar cerita buruk pasal dia pon..i tetap minat die...x kisah la dia panas baran ke..kaki pempuan ke..kaki tu ke..kaki ni ke kan..if i cakap i minat die..i minat die la..stakat panas baran die tuh..small matter jerkk..kehkehkeh...

tetibe tetibe lak nak menggodek-godek die neh punye facebook..belek punye belek...OMG..i sudah jatuh cinta sama dia...erkk..x bleh..x bleh..actually i tetibe teringat die nah sebab i baru lepas balik dari butik kakak depan neh..so, tetibe i leh lak ternampak gambar beramas mesra kakak tuh ngan Fahrin Ahmad neh...

errkk..agak jeles okeh..i kan minat die..sure la yang i akan terjeles..kehkehkeh..gamba tu time FA datang melaka semate-mate nak makan asam podeh okeh....then i dengan muka tak malunya pun cakap la kat akak tu..nanti if FA datang sini lagik..akak bgtau saye eh..sy memang minat giler-giler-giler ngan die neh..kehkehkeh...

eh, bawah neh i ade tepekkan gamba FA untuk i cuci-cuci-cuci mate..layannn~







 i sangat tergoda dengan gamba neh~







Wednesday, May 25, 2011

Sejadah Bergerak Beralih Arah Kiblat | Kisah Benar



salam all..actually harini i nak cerita benda yang sedikit pelik...ni kisah benar yang berlaku kat i dalam seminggu 2 ni okeh...mungkinkah ini petunjuk atau sebaliknya...

kejadian 1 :-

last week..malam dalam pukul 11-12 macam tu la..i ni jenis tidur lambat..even i tinggal sorang pun i akan tidur lambat gak..so, i dok la depan pc neh mengadap blog ngan facebook i..sesambil tu chat2 la sket kat YM...

so, tengah-tengah i dok main facebook tu...tetibe air tin cincau i bergerak tau...memule i macam buat tak reti je la..i ingat just perasaan i je tau..then air tu bergerak lagi sekali..depan mate i kot air tin tu...pastu i pandang la biskut i..elok je x bergerak..i dah cam pelik dah...i malas nak pk bebukan..dah la i sorang kat sini kan...so, i pon ignore la...then cecepat masuk tido....

kejadian 2 :-

haa...yang ni plak berlaku ari semalam dan kelmarin...actually i kan kat tempat baru..so, sure la i x tau arah kiblat untuk solat menghadap mane kan...so, bile i tetanye orang2 kat area sini..dorang cakap la menghala ke kiri sikit..so, i pon solat la ikot arah kiblat yang dorang bagi tu...after solat maghrib...i just lipat macam biasa je la kan sejadah i..sebab jap g kang nak solat isyak plak kan...

so, pas abes maghrib i pon dok la mengadap pc i balek...agak2 dah nak tido tu i pon p la amek wuduk then nak solat isyak..bile i masuk bilik..i tengok sejadah dah menghala ke kanan..padehal tadi kiblat i belah kiri...so, i pon ignore la...i cakap dalam hati..mungkin i terlanggar kot tadi....abaikan je la..i solat mcm bese...

pastu...semalam punye kes..after solat maghrib macam bese..i kuar jap p beli makanan..then..bile balik i nak p solat isyak la terus kan...sekali i tengok sekali lagi sejadah i beralih menghala ke kanan...OMG..apekah petanda...mungkinkah tu sume petanda sebab i salah kiblat??? i pelik...tapi i tetap solat mcm biasa...

setahu i..if kite tak sure kiblat belah mana..kite kena ikot arah laut..sebab matehari kan terbenam kat arah laut...so, sejadah i yang beralih tu memang menghadap laut...so, kemungkinan selame ni i solat salah kiblat..n mybe jugak tu petanda n petunjuk untuk i tukar arah kiblat kan...

i pon tak pasti sgt...if ikot arah matehari terbenam tu..betul lah kan...pape pon..i kene gak tunggu my abang bawak kompas then tentukan mane arah kiblat sebenar..sbb tempat i skang neh..majoriti tempat cina...

ok la..i nak sesiap..pas maghrib i ada dinner with my bos & opismate...bubye~

Tuesday, May 24, 2011

Blogger Terlampau Menghina Islam!!!








SUMBER DARI BLOG YG MENARIK

Kepada pihak berwajib khasnya Polis dan SKMM sila ambil tindakan dengan segera.Ini isu sensitiviti dan akan membangkitkan kemarahan orang islam

ANDA NAK LIHAT BLOG YANG TERLAMPAU INI ???

KLIK DI SINI

AYUH KITA REPORT TENTANG BLOG INI !!!
 

Semakin Banyak Gambar Aktres Beraksi Ghairah Disebar Di Internet



Aktres yang membintangi filem Hantu Rumah Ampera, Nadila Ernesta mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan mengghairahkan disebar di internet lebih sebulan lalu, lapor lama berita Detikhot semalam.

Salah satu gambar Nadila yang berusia 23 tahun itu menunjukkan dia memakai bikini berwarna hitam dan topi polis dengan logo Tribrata.

Selain itu, gambar anak kelahiran Jakarta tersebut beraksi sambil memeluk seorang lelaki berbaju T hitam. Gambar-gambar berahi itu dipercayai dimuat naik pada April 2011.

Penyanyi Julia Perez turut mendapat liputan media semalam apabila gambarnya meramas payu dara rakannya disiarkan di Internet.

Namun, ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Julie menyatakan ia hanya gambar biasa semasa dia berehat dalam satu penggambaran filem.




Sementara itu, penyanyi Syahrini berkata, dia tidak lagi tampil dengan imej seksi. Dia membuat kenyataan itu selepas gambar-gambarnya memakai pakaian seksi didedahkan di internet baru-baru ini.

Menurutnya, dia mendapat pesanan daripada bapanya supaya menutup aurat.

Dia berkata, semua insiden yang telah berlaku dalam dirinya sebelum ini termasuk gaya berpakaian adalah merupakan satu proses kehidupan. - Agensi

Monday, May 23, 2011

Hari Mengantuk Sedunia

 penggunaan gamba yang berulang kali..ekekek


OMG..harini siyes i tak tahu kenape la i mengantuk sangat-sangat-sangat..after lunch tadi..i masuk je ofis..mate i dah berat giler..then i tertidur kat ofis...heeee...my bos???? die x de time tuh..tapi tah cane tetibe die masuk i leh kan x pasan..OMG..hahaha...kelam kabut i bangun p cuci muke then terus solat zuhur..dah kul 3.30 kot mase tu...

pas dah sudah solat tu..haruslah i buat muka cam orang tak bersalah okeh..padehal bos i tengok i tido kot tadik..lalala...naseb la..tapi i siyes ngantuk..mate tak boleh ditahan-tahan lagik..tapi pas solat tu sume..i segar balek..

theb lebih kurang kul 5 kot bos i pon balek..i pon ape la lagk....bile mate tu dah berat semacam jerk..secare automatiknya i tertidur kat kerusi okeh..sambil telinge tersumbat dengan earphone..tah hape lagu yang melalak lam telinge i pon i x dengo..hahaha

tetengah tidur tetibe opismate i kejut kan i..owh damn~...lagik skali tidur lena i diganggu...haishhhh...sabo jerk la...bile terkejut tuh...i terus masuk bilik i then tidur la sepuasnye sampailahhhhhhhhh maghrib tadi okeh...jam dah pukul 7.45 kot..i still tidur lagi...lagik sekali tidur i dikejutkan dengan msg dari "my abang"...okeh...x jadik nak marah sbb die yang msg kan..ekekek...

dapat jerk msg from him i terus kol die..then die tanye "sayang, dah solat ke belum?"....i pon "haa?? solat??..tadi kan.....kehkehkeh..i mamai okeh...blur bile die tanye dh solat ke lom...i ingat kan solat asar..rupenye maghrib..OMG...sepantas kilat letak tepon then melompat ke toilet amek wuduk sbb waktu solat dh nak abes...

actually i planning nak kuar merayau kat area MP & DP..tapi cam malas jerk la kan..so, duduk je la ngadap PC + layan citer Korea neh...besttt woooo cite The Accidental Couple neh...sangat kelakar...x caye..jom la tengok kat sini (eh cop...kang i bagitahu kat ne nak tengok..ekekek) ..banyak cite wehh..pilih jerk mane yang korang nak..kehkehkeh.. :D

okeh..bubyeee.. :)

Semakan Penempatan Bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG)




Semakan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 di sini

Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2011



Semakan Keputusan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2011 boleh disemak melalui laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru mulai 19 Mei 2011.

World's Biggest Angry Birds Playground | Buffered Earning



ehem..ehem..nampak macam ada iklan baru la...iklan Angry Birds...harap-harap menjadi la milik i iklan neh...en. Nuffnang...boleh la eh jadik milik i...lalalala.. :)

luv u en.Nuffnang...muahh..muahh..muahh..

Friday, May 20, 2011

Akaun Churp-Churp i RM39.85


majoriti sume org tau kan ape tu churp-churp?? churp² neh adik beradik ngan nuffnang gak la..cume churp² xde le kuarkan iklan kat blog or dpt buffered earning...pendapatan churp² neh berdasarkan iklan yang kite share dekat twitter & facebook..then bile ade orang klik nanti..kite akan dpt la income die..20sen per click..

lagik satu kite leh dapat earning melalui campaign yang kite buat..berape earning yang kite dapat setiap campaign tu i x pasti...so far i rase churp-churp ni laju gak earning die masuk...tinggal kite rajin dengan tak rajin je la kan...

nak banyak kene la rajin..kalo x..xde le..hehe..macam i neh..kurang rajin...so, i dapat 39 hengget tu je la setakat neh..i pon x ingat bile i join mende neh..tapi baru lagik la...

cam kat bawah neh..contoh earning yang i dapat berdasarkan sharing kat facebook or twitter or email or blog...


ni sebahagian...malas nak printscreen panjang berjela..

then, yang kat bawah neh pulak earning berdasarkan campaign...x de amount..so, i x tau bape sen setiap campaign tu..tapi yang pasti..hari-hari earning i naik...kehkehkehkeh..
just tulis published jerk..meaning...campaign sudah selamat dikreditkan..

kalo korang still belum ada lagik akaun churp-churp neh...boleh click sini untuk join... dan pade korang yang dah ada akaun churp-churp neh...selamat berusaha meningkatkan pendapatan anda bersama churp-churp...ekeke..nak suh i tolong klik kan iklan korang pon bole..x de masalah...ape yang penting?? kerjasama!!!.. :)


eh..jap..jap..jom klik iklan kat bawah neh jap!!.. :)

Race yourself to an iPad 2 or a BlackBerry Bold 3 or even an iPod Touch!

Got what it takes to have THE Furious Voice?

Time to pamper your family with space!

Be a Sunsilk Perfectionista & win prizes worth RM35,000!

Feel secure with ADT and WIN BIG!!


Fadhilat Puasa Di Bulan Rejab | Kelebihan Puasa Di Bulan Rejab | Niat Puasa Rejab


Tarikh Bulan Rejab Jatuh Pada 3 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat... :)

PUASA DI BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : 

("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud:
 
("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Fadhilat Bulan Rejab | Kelebihan Bulan Rejab



1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis)

17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis)

18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis)

19. Berkata Saidina Ali R.U. :
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.

20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).


22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)

23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).

25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)

26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis)

27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).

29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis).

30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).

31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis).

32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab,”
33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Romadhon diganda 1000 pahala. (Al-Hadis).

34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis).

35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus.

36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)

37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)


* Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak sah, makruh kerana tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin)



Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,
- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.

Rasulullah saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun.

Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.

Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

eh..jom klik jap!!

Race yourself to an iPad 2 or a BlackBerry Bold 3 or even an iPod Touch!

Got what it takes to have THE Furious Voice?

Time to pamper your family with space!

Be a Sunsilk Perfectionista & win prizes worth RM35,000!

Feel secure with ADT and WIN BIG!!


Peristiwa Di Bulan Rejab | Fadhilat Bulan Rejab




Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. 

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm. 

Thursday, May 19, 2011

Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega.



perkara yang kadang-kadang kita sedar..dan kadang-kadang kita tak sedar..dan kemungkinan jugak kita buat-buat tak sedar..menidakkan apa yang ia..dan mengiakan ape yang tidak..semoga kita sama-sama dapat pengajaran dari cerita ini :-


"Cantik baju awak malam ni..."  

"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."

"Awak, malam ni malam apa ye ?"

"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"

"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."

"Oh,awak... Saya nak cakap sesuatu la malam ni."

"Apa dia? Cakap je la."

"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu ?"

"Dah lapuk cerita tu... Abaikan je la."

"Awak, kita orang Islam kan?"

"Yeah, for sure la..."

"Kita ni Islam atas nama je, kan?"

"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni?"

"Saya takut la awak... Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"

"Isy... stop talking nonsense la."

"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"

"So?"

"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."

"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"

"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni."

"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."

"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari. Awak, saya takut wak..."

"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."

"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."

"Awak ni dah mengarut ni..."

"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."

"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"

"Kita clash! Itu yang terbaik wak."

"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"

"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."

"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."

"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."

"Dah, jom balik."

"Takpela awak, saya balik sendiri."

"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."

Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.

.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."

"Awak..."

"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"

"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"

"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."

"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

Lipstik Anti Umpat



Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).


Basahkanlah Bibir dan Lidahmu dengan Zikir sehingga tiada ruang untuk mengumpat.

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Surah Al-Humazah 104 : Ayat 1)


eh..jom klik jap!!

Race yourself to an iPad 2 or a BlackBerry Bold 3 or even an iPod Touch!

Got what it takes to have THE Furious Voice?

Time to pamper your family with space!

Be a Sunsilk Perfectionista & win prizes worth RM35,000!

Feel secure with ADT and WIN BIG!!

Himpunan Suara Keadilan Angkatan Muda Tolak Fitnah Politik akhbar Utusan 1Malaysia - Sokong Suara Keadilan



Semalam Gomo dapat tiga mesej penting :

Mesej yang pertama Gomo perolehi:

" Salam Amk - Prgrm Anjuran AMK MALAYSIA. Ketua Amk Malaysia Shamsul Iskandar Md Akin akan ketuai ' Himpunan Suara Keadilan Angkatan Muda Tolak Fitnah Politik akhbar Utusan 1Malaysia - Sokong Suara Keadilan'. Jumaat 20 Mei jam 2.30ptg Depan Pjbt Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin KL Pudu.

Pelbagai acara simbolik boikot Utusan - kempen sokong akhbar Suara Keadilan akan dijalankan. Tk.Rozan Biro Penerangan Amk Malaysia. "

Mesej kedua yang Gomo perolehi:

Pemuda UMNO & NGO Melayu akan turun ke Pejabat Utusan Mal d jln Chan Sow Lin dlm menyatakan sokongan serta menghantar MEMO bahkan Pemuda UMNO bersedia utk bertembung dgn pemuda AMK yg d katakan akan hadir bersama, pd Jumaat ini jam 230 ptg 200511, mohon pejuang2 UM BERKUMPUL d Dewan UMNO Bhg Cheras Jln Peel (Pusat Rekreasi Cheras) jam 1230 tghari, prog seterusnya d beritahu d lokasi nanti, MOHON D SEBARKAN, WIP - GAPS

Mesej ketiga pula:

Kita sudah BERTEKAD DGN IKRAR MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.. AYOH KELUAR AHLI PERKASA, WP DAN SGOR, KELUAR RAMAI RAMAI PD 2OHB MEI JUMAAT JAM 2.3Optg (selepas solat jumaat) DI JALAN CHOW SOW LIM, 500 ela dari Pejabat UTUSAN MALAYSIA..Angkatan Muda Keadilan Mahu Ganyang UTUSAN..Ini puak2 barua yg jadi alat DAP dan kumpulan boneka Anwar. Mereka nak datang utk tunjuk perasaan thdap Utusan. Satu Usaha Biadap. UTUSAN MILIK MELAYU, SUARA MELAYU DAN SATU2NYA MEDIA YG BELA MELAYU. AYOH KORBAN SEDIKIT MASA DEMI PERJUANGAN. PERHIMPUNAN KITA AMAN, ELAK PROVOKASI DAN JAGA UNDANG2 NEGARA. KITA BERHIMPUN HANYA UTK MEMPERTAHANKAN UNDANG2. ALLAHU AKBAR! ~IRWAN FAHMI, KETUA WIRA PUSAT

Apakah ini semua menjadi satu titik perpaduan kepada Orang melayu ataupun pepecahan Melayu semakin Ketara dan yang untung dalam isu ini adalah kaum lain?



Gomo tertarik untuk mengimbas semula kejadian yang berlaku di Perak yang mana kita sendiri dapat lihat apabila Jatuhnya Kerajaan Boneka PAS yang di taja DAP yang berguling di atas jalan adalah Orang melayu manakala kaum lain hanya berpeluk tubuh sambil ketawa melihat kebodohan Orang melayu.

Sama sama lah kita mendoakan agar pada Hari Jumaat ini Pertembungan 3 penjuru yang menggabungkan AMK, UMNO dan NGO menjadi Titik perpaduan kepada Orang Melayu.