i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Sunday, May 29, 2011

Jelingan Manja Yusry Kepada Lisa Surihani | Percintaan Yusry Dan Lisa Surihani



Gosip cinta Lisa Surihani & Yusry memang meletup. Ada yang suka, ada yang tidak. Kami pun tumpang gembira walaupun hati agak gundah gulana dek penangan Lisa Surihani yang telah ditawan hatinya oleh Yusry.
Sebuah portal hiburan melaporkan bahawa Yusry sudah pun menemui keluarga Lisa Surihani, dan dia memang inginkan hubungan yang serius. Walau bagaimanapun, Yusry menyatakan hubungannya bersama Lisa Surihani masih di peringkat awal, apatah lagi nak bercerita soal perkahwinan.

Kemesraan Yusry & Lisa Surihani memang bukan dibuat-buat. Kebetulan, kami hadir di sebuah acara yang melibatkan kanak-kanak Down Syndrome. Ketika itu, Lisa Surihani sedang menunaikan tugasnya sebagai hos majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Al-kisahnya, meja kami hanya bersebelahan dengan meja yang diduduki oleh ibu kepada Lisa Surihani & Yusry. Yusry, kami lihat amat peramah melayan ibu kepada Lisa Surihani berbual-bual. Kemungkinan bercerita soal jodoh, kot?

Lisa Surihani pula, kami lihat dia sering merenung tajam Yusry. Malah, adakalanya dia membetulkan rambut Yusry, wah romantik gitu!

Peristiwa tersebut memang terjadi di depan mata kami. Apa pun, kami harap hubungan Yusry & Lisa Surihani sentiasa okay! Ehem, kami harap peminat Lisa Surihani tak meroyan. Kredit gambar, Farhan Che Hassan.

No comments: