i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Thursday, May 12, 2011

Fazren Rafi Spa Q Dah Mendirikan Rumahtangga



hmm..korang ingat lagik dengan Dafi Spa Q...So, Fazren ni adalah Dafi..dan Dafi adalah Fazren...ekeke..lame gak x nampak die neh berlakon...tup-tup dengar dah kawen...so, tahniahlah ellis ucapkan pada Fazren & Isteri tercinta...

Rasanya masih tak terlambat untuk Murai Batu mengucapkan tahniah kepada pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Spa Q iaitu Fazren. Apa tidaknya, dalam diam-diam Fazren atau nama sebenarnya Mohd Fazren Rafi telah pun mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan. 

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 1 Mei 2011 lalu. Mereka juga baru saja mengadakan majlis resepi perkahwinan mereka di Dewan Buloh Inn, Wisma PKPS Shah Alam pada 7 Mei 2011 lalu

Murai Batu dengar ramai yang terpikat dan suka dengan konsep kenduri kahwin Fazren yang bercirikan cara kampung serta tradisional Melayu ala-ala seperti zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Apa tidaknya, Murai Batu pun tengok Fazrennampak segak sungguh dengan busana songket kuning keemasannya itu. Biasalah, bukan mudah kita nak jumpa dengan konsep perkahwinan lama yang macam ni. e
Menariknya bukan sahaja busana yang dikenakan mereka nampak unik dan ala-ala perkahwinan zaman dulu, malah dalam malis resepi mereka ini juga turut diadakan acara joget lambak dan acara menabur duit syiling kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.

Apa-apa pun Murai Batu harap Fazren dan pasangannya akan dapat menempuh segala suka dan duka setelah memasuki ke alam gerbang perkahwinan dengan cekal dan kuat. Al-maklumlah sekarang ni ramai artis kita yang kahwin tapi tak tahan lama.

Murai Batu dan seluruh warga murai.com.my sentiasa akan mendoakan kebahagian dalam \perkahwinan mereka. Mudah-mudahan, ianya akan berkekalan untuk selama-lamanya.

No comments: