i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Wednesday, May 4, 2011

Ratusan Ribu Wang Rakyat Lesap Di Samun Penasihat Sultan Kelantan ?



Lepas satu maka satu lagi pekara timbul berhubung individu yang bernama Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Bukan baru beliau ini di namakan dalam banyak isu malah di fahamkan dalam isu kemelut Sultan Kelantan beliau juga turut terlibat.

Berita baru yang di perolehi dari sumber maklumat sahih apabila beliau Haji Sukri telah di laporkan menyalahguna kuasa dengan mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh untuk menurap jalan Tar di atas tanah persendirian miliknya di Banggol Mak Esah Pasir Puteh Kelantan.

Penurapan Tar di atas tanah miliknya ini di gunakan bagi meraikan majlis persandingan anaknya pada 16 April 2011 yang lalu dengan menggunakan Dana WANG RAKYAT KELANTAN dari Pejabat Tanah dan Jajahan Paser Puteh. Kos yang di anggarkan dalam penurapan jalan Tar tersebut di laporkan berjumlah RM200 Ribu ringgit.

Turut di fahamkan juga sebahagian Kos perbelanjaan dan peralatan bagi meraikan Majlis perkahwinan anaknya juga turut di biayai oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan.

Isu Penyalahgunaan kuasa ini di khabarkan sudah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad ke V dan Rakyat Kelantan juga terutamanya di Pasir Puteh sedang hebah dengan apa yang berlaku di mana Wang Rakyat yang sepatutnya di gunakan dalam kebajikan mereka telah di salahguna oleh Penasihat Sultan.

Gomo yang menerima khabar ini dari saudara mara dari Kelantan amatlah tidak berpuas hati dengan keadaan ini memandangkan umum mengetahui Jalan raya di Kelantan kebanyakaan nya tidak elok berlubang sana sini dan wang yang sepatutnya di gunakan dalam menyelenggara jalanraya buat rakyat di gunakan tampa bijaksana oleh Penasihat Sultan.

Gomo meminta agar pihak Istana Kelantan menyiasat pekara ini dan hasil siasatan dari pihak Istana juga wajar di jelaskan kepada Rakyat Kelantan bagi menegakkan kebenaran.

Wang Rakyat bukan sewenang wenangnya di gunakan oleh individu tertentu walaupun beliau berjawatan Penasihat Sultan Kelantan. Hal ini mesti di siasat secara telus dalam memastikan Penyelewengan dan Salahgunakuasa tidak berlaku di bawah Pemerintahan Sultan Muhammad Ke V.


Psssttt...Jalan lubang sana sini di Kelantan orang lain senang senang dapat Jalan tar berharga RM200 Ribu untuk kepentingan Peribadi.

No comments: