i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Thursday, March 31, 2011

Perkahwinan MAYA tidak Dibenarkan | Perkahwinan Internet



SEKS siber (cybersex) adalah hubungan seks secara maya antara dua individu atau lebih secara jarak jauh melalui jaringan komputer dengan setiap orang menghantar mesej hubungan seksual kepada pasangannya.

Kemudahan webcam pula menjadi nilai tambah kerana ia berlaku pada waktu sebenar. Bagaimanapun, ia tidak membabitkan hubungan seksual sebenar tetapi lebih kepada khayalan seksual atau melakukan onani

Memandangkan seks siber tiada hubungan seksual, ia dikira dalam kategori percubaan melakukan zina (mukadimah zina). Bagaimanapun, Islam tetap melarang dan mengharamkannya sekiranya bukan suami isteri terbabit.

Jenayah zina adalah persetubuhan haram yang sengaja dilakukan dengan wanita yang dikira haram disetubuhinya. Islam tidak dapat menerima konsep pernikahan melalui alam maya (Internet) seperti yang anda inginkan.

Perkahwinan alam maya hanya bersifat imaginasi semata-mata. Lagipun perkahwinan dalam Islam ada rukun dan syarat-syarat tertentu.

Termasuk dalam rukun nikah adalah (1) lelaki yang bakal menjadi suami (2) perempuan yang bakal menjadi isteri (3) wali (4) dua orang saksi dan (5) ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan).

Ada pula syarat tertentu kepada bakal suami dan isteri tadi, antaranya bagi suami hendaklah Islam, lelaki tertentu, belum mempunyai empat isteri, dengan kerelaan sendiri dan seorang lelaki dan bukan khunsa.

Bagi bakal isteri pula hendaklah beragama Islam, perempuan yang tertentu, bukan mahram kepada lelaki bakal suami, bukan isteri orang atau tidak dalam iddah dan tidak berihram haji atau umrah.

Pernikahan melalui alam maya tidak dapat memastikan rukun dan syarat nikah terlaksana. Dengan itu, ia tidak dibenarkan. Anda dinasihatkan berbincang dengan keluarga atau sahabat terdekat dalam merancang perkahwinan yang sebenar seperti yang sudah diamalkan masyarakat Islam.

Percubaan kreatif seperti perkahwinan alam maya tidak dapat memenuhi tujuan sebenar perkahwinan iaitu memupuk kasih sayang sesama pasangan dan penambahan zuriat.


Gambar Ayu Rozita Che Wan Tanpa Make-Up | Gambar Suami Rozita Che Wan



Rozita Che Wan..i bukan la peminat setia die pun..tapi tengah dok search gambar-gambar..skali terkuar plak gambar dia neh..hee..siyes memang cantek..even die x make up pun...nampak ayu je muke die kan...comel jerk..tetibe je i suke tengok muke die...ekekeke


ni lagik satu muke die tanpe make up...memang siyes cantek la..


yang ni plak, mase die umo 19 tahun..bebaru nak jadik model...time bergetah lagik... :P


erkk..yang ni..i x leh nak komen pape..korang just tengok je la..i memang x berkenan ngan gamba kat atas neh...aduyaii..


ehem..ehem..ngan abg shahir la..ekeke...RCW dulu penah di gosipkan ade affair ngan shahir kan..ish...ish...bile tengok bebetol..x berape nak seswai la..ekekek


okeh..ni gambar esklusif..ekeke..ni gamba time perkahwinan pertama die..means ngan 1st husband die la kan..tahun bile tu x pasti..tapi tu la ex-husband die...ekekekek

Wednesday, March 30, 2011

Intan Ladyana Nafi Bersekedudukan Dengan Kamal Adli



PETALING JAYA: Aktres Intan Ladyana Mohamad Yahaya, 28, menafikan dakwaan tinggal serumah atau bersekedudukan dengan kekasihnya aktor Kamal Adli di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.

Kata pelakon yang mesra disapa Intan itu, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.

"Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya.

"Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

"Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula.

"Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.

Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya.

Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut.

"Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku," katanya.

Menyentuh perkembangan terbarunya, Intan baru sahaja menyambung kontrak sebagai pengacara untuk musim baru program Chopp!!! yang bersiaran di TV9

Berita Palsu Kematian Jackie Chan Tersebar di Twitter | Jackie Chan Mati



NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.

Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.

Tuesday, March 29, 2011

Hadis-Hadis Nabi Hargai Wanita

 
wanita adalah insan yang patut dihargai dan dihormati..dan bukan untuk disakiti atau di caci..

1.     Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

4.     Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 

5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6.     Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu. 

7.   Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga. 

8.   Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9.     Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
10.   Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 
12.  Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
 
13.   Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
14.   Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

15.   Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16.   Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya 
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18.   Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Cara Mengatasi Marah Dan Panas Baran



Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring. (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk(Hadis Riwayat Abi Daud) .

3.Minum air.

4.Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7.Berfikiran positif.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Saturday, March 26, 2011

Kisah Buah Dada Miera Liyana Paling Hangat | Cikepal Pon Sama



hangat..hangit..hangus...bagai pisang goreng..nyum..nyum..x sangke plak entry miera liyana ni menjadi topik hangat dan sering di perkata-katakan...pade yang tak tahu siapa miera liyana tuh..beliau adalah seorang pelakon & model..dan beliau juga telah tersilap langkah dengan memakai baju yang tersangat la seksi wehh...sampai nampak die punye buah dada dari pandangan sisi....

i plak tak le tersangke yang entry kisah beliau ni leh buat blog i jadik jem dalam satu mase...haishh...tapi selain dari beliau...sejak kebelakangan neh...banyak plak orang mencari blog cikepal & tersesat masuk lam blog i..ekeke..mybe sebab entry i yang pasal kaki melaram tu kot....tapi bagus jugek kan..at least entry tu banyak menyumbang trafic kat blog i dalam mase seminggu neh..maceh eh cikepal...heeee...

and lastly...thanks to nuffnang..sebab banyak menyumbang buffered earning kat blog i...even i jarang update pon..nuffnang still bagi i buffered...sayang lebih la kat nuffnang camneh..len kali kasik lagik eh...muahhhhhh

Kolej Swasta Di Serbu Guna Perisian Komputer Cetak Rompak



PUTRAJAYA - Sebuah kolej swasta di Klang, Selangor diserbu pihak berkuasa kerana dipercayai menggunakan perisian cetak rompak dalam operasi pengurusan dan pembelajaran kelmarin.

Dalam serbuan pukul 2.20 petang itu, 10 orang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyita 15 buah komputer bernilai RM45,000 dan 34 perisian cetak rompak bernilai RM62,000.

Ketua Petugas Khas Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Fahmi Kasim memberitahu, serbuan yang diketuai Pembantu Penguat Kuasa, Azmindar Md. Sahlan dijalankan hasil maklumat orang ramai dan risikan yang dilakukan pihaknya.

"Pihak pengurusan kolej memberi alasan menggunakan perisian cetak rompak kerana ia murah dan mendakwa tidak tahu penggunaannya salah di sisi undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Antara perisian yang dirampas ialah Adobe After Effects CS4 dan Microsoft Office 2003.

Keputusan SPM: Miera Leyana Layak Belajar Undang Undang



PETALING JAYA: Walaupun enggan mendedahkan keputusan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya pada 23 Mac lalu, pelakon muda Miera Leyana yakin keputusan itu membolehkannya menyambung pengajian dalam bidang undang-undang.

Bagaimanapun, kata pelakon filem Apokalips itu, dia masih mempertimbangkan sama ada untuk terus menyambung pengajian atau menumpukan perhatian dalam bidang lakonan yang kian berkembang.

"Alhamdulillah, keputusan SPM saya memuaskan dan boleh menyambung pengajian dalam bidang undang-undang seperti yang diimpikan.

"Cuma buat masa ini saya masih belum memutuskan untuk sambung belajar atau tangguhkan dulu kerana semakin sibuk dengan kerjaya lakonan," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Tambah gadis berusia 18 tahun ini lagi: "Menurut ibu saya, adalah lebih baik jika menumpukan perhatian pada salah satu bidang saja pada satu-satu masa.

"Jika hendak sambung belajar saya perlu ketepikan lakonan buat sementara waktu dan begitulah sebaliknya. Dia tidak galakkan saya lakukan dua kerja serentak."

Nama Miera Leyana melonjak serta-merta ekoran penampilannya yang seksi ketika menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, baru-baru ini.

Friday, March 25, 2011

Thanks Gurl For Ur Advice | But i Tak Perlukannya!!



buayapren???

maybe u kot yang always dapat buaya..n not me...

btw..

thanks gurl for ur advice..

but i x rase i perlukan nasihat dari awak...

thanks again!!!






Thursday, March 24, 2011

Blogger PAPA GOMO Menyaksikan Video Anwar Ibrahim | EKSLUSIF Video Porno Anwar Ibrahim | Blogger Gomo Sudah Menyaksikannya

 PAPA GOMO


Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar.

Gomo melihat dengan mata kepala sendiri bahawa tubuh lelaki yang melakukan penzinaan itu adalah Anwar Ibrahim Ketua Pakatan Pembangkang yang mana beliau telah menafikan sebelum ini yang beliau merupakan pelakon seks tersebut.

Dalam penglihatan Gomo yang masih segar bugar ini rakaman tersebut sememangnya amat sahih yang mana mempamerkan adengan ranjang itu di rakam melalaui Empat sudut posisi yang berbeza beza. Namun demikian muka Anwar Ibrahim dan pelacur China itu jelas di lihat.

Tidak ada langsung Cacat cela nya terhadap Video tersebut memandangkan Video Porno Anwar Ibrahim ini di rakamkan menggunakan Teknologi terkini dan Canggih yang Gomo di fahamkan perakam sedemikian tidak terdapat di Malaysia melainkan di Import dari Taiwan.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?

Kronologi kes Video Porno ini bermula apabila Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Shazryl Eskay mengambil jam tangan nya yang tertinggal di dalam Bilik Hotel tempat penzinaan berlaku. Dato Shazryl Eskay mencari jam Omega Anwar Ibrahim di kedudukan yang di maksudkan Anwar Ibrahim namun tidak menjumpai nya.

( Untuk Makluman Dalam Rakaman Video Seks Tersebut Di Lihat Wanita Pelacur China telah Mencuri Jam Omega Anwar Ibrahim dengan memasukkan ke dalam beg Tangannya)

Setelah tidak menjumpai di keliling Katil maka Datuk Shazryl Eskay mencari di rak TV hadapan katil. Dalam pencarian jam tangan Omega itu Datuk Shazryl Eskay menjumpai wayar yang agak pelik di belakang Rak TV dan kemudiannya Datuk Shazryl Eskay mencari punca di kemana penyudahnya Wayar tersebut.

Akhirnya wayar tersebut bersambung dengan butiran kaca yang di tanam dalam Rak TV dan apabila di buat pemeriksaan rapi mendapati terdapat 4 Camera Kecil yang tertanam dalam Rak TV tersebut.

Akhir sekali setelah laci Rak di buka di dapati sebuah perakam yang canggih berjenama CATCH telah bersambung dengan ke empat empat perakam Video tersembunyi yang di jumpai tadi. Lalu Datuk Shazryl Eskay mencabut kesemua wayar dan berlalu pergi meninggalkan Bilik tersebut dengan hanya membawa Perakam CATCH yang mengandungi Video Rakaman aktiviti di bilik Hotel tersebut.

Datuk Shazryl Eskay akhirnya berjaya mendapatkan jam Omega Anwar Ibrahim apabila menggugut untuk membuat laporan kepada Kapten Pelacur China itu jika Jam yang di curi tidak di pulangkan . Datuk Shazryl Eskay memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa jam beliau berjenama Omega telah di temui namun Datuk Shazryl Eskay tidak memaklumkan mengenai penemuan Perakam CATCH itu kepada Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Shazryl Eskay menyimpan jam tangan tersebut sambil berseloroh

"Jangan hilang nanti Aku perang Besar pulak dengan Kak Wan"



Bersambung.........

Apa yang Gomo nyatakan ini adalah Benar belaka. Gomo pinta bagi menunjukkan kesahihan cerita ini agar pihak Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi membersihkan dirinya.

Ini bukan KONSPIRASI tapi ini lah Kuasa Allah yang tidak ingin lihat negara Malaysia dan Rakyatnya merana akibat kepimpimpinan yang tidak baik sepertimana Anwar Ibrahim lakukan dalam aksi Video Porno tersebut.


Psssttt....Gomo Yakin 1000 % Lelaki dalam Video adalah Anwar Bin Ibrahim

Wednesday, March 23, 2011

Konspirasi Video Seks Anwar Ibrahim | Anwar Ibrahim Dan Datuk T Berkomplot?



plot atau garapan sesebuah rencana atau sebut apa sahaja memerlukan ketelitian dalam menggarap ceritera.

bagaimana caranya untuk mencapai ke tahap penggarapan plot terbaik ianya terletak kepada kebijaksanaan pengarahnya sendiri. bukan sekadar itu, jika penulis skrip dan penyunting dapat memahami ide dan kehendak pengarah maka cerita itu akan diangkat menjadi karya yang agung.

jika ditranslate dalam bahasa jawa ia digelar masterpiece.

video seks ciptaan pengarah putar-dara politik terkenal negara, anwar jing-gay ibrahim dianggap garapan filem politik yang gagal.

gagal selepas satu jam ia dipertontonkan di khalayak di carcosa seri negara.

 bagaimana filem konspirasi video seks tajaan anwar ini gagal ?

ia gagal kerana watak dan plot cerita tak dapat dipertemukan titik pertemuan faktor penyebab dan faktor tindakan.

bertambah gagal apabila watak utama konspirasi video seks ciptaan anwar iaitu datok T gagal menghayati plot cerita.

watak datok T tiada kredibel. tonasi wataknya melompat-lompat, tak keruan dan adakala ia dianggap melucukan.

perhatikan jalan cerita bermulanya kegagalan plot ini.

FAKTOR 1
- datok T cari jam tangan omega milik anwar.persepsi public sudah boleh dibentuk.datok T cuba mencari jam tangan omega anwar yang hilang. pandangan umum pasti bersetuju anwar dan datok T ini kawan baik, jika tidak mana mungkin anwar boleh mengarahkan datok T untuk mencari jam tangannya di pusat anwar melempiaskan air mani nya.

FAKTOR 2
- datok T meraba-raba di belakang meja slek lalu menjumpai wayar berselirat yang disambungkan kepada perakam video. sungguh biol teknologi spy yang digunakan. spycam berbentuk pen,pin tali leher banyak dijual kat jalan pudu, kenapa nak guna wayar berselirat. teringat aku fitnah bodoh kalid gagap yang menuduh BN pasang spycam sebesar kotak kasut di opisnya.

FAKTOR 3
- setelah 2 faktor di atas berlaku, datok T menjumpai rakaman video seks anwar.

disini bermulanya episod yang gagal. pelik kenapa datok T tak semena-mena ugut anwar dan azizah untuk letak jawatan dalam masa 7 hari  ?

faktor yang menyumbang kepada sebab datok T tiba-tiba marah  lalu berani untuk mengugut anwar/jijah tak dapat kita ketemui. bagaimana datok T boleh menerima arahan anwar untuk mencari jam dan kemudiannya mengugut anwar merupakan kesilapan plot yang cukup besar.

ambil mudah filem hang tuah. jebat dan tuah berkawan baik. namun bila jebat menyangka tuah dibunuh, maka jebat punyai motif untuk membalas dendam. ia ada unsur pemula,penyebab dan diakhiri dengan tindakan.

filem epik ini adalah garapan plot yang baik namun tidak sepertimana yang anwar lakukan.

anwar arah datok T cari jam omega.
datok T jumpa jam dan wayar berselirat.

tiba-tiba datok T ugut anwar dan jijah letak jawatan. plot penyebab kemarahan datok T tak dijumpai.

manakala anwar pula mengoptimakan watak datok T untuk mendapat publisiti. aturan tindakan refleksi anwar begitu pantas. nafi,buat PC,buat laporan polis. semuanya tak sampai 24 jam.
pelik umi hafilda yang teruk terjah anwar tak pula 'dilayan' sebegitu.

nantikan artikel seterusnya mengenai datok T.

kredit to :- http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Kesemua Wartawan Sahkan Anwar Ibrahim Dalam Video Seks Itu!!!



KUALA LUMPUR 22 Mac – Klip video seks 19 minit mengenai aksi ranjang seorang pemimpin pembangkang yang dipertontonkan kepada wartawan semalam dipercayai dirakam menerusi empat kamera litar tertutup (CCTV) yang disusun secara bertindih dalam dua barisan.

Keempat-empat kamera itu memaparkan sudut yang lebih kurang sama, namun ia secara tidak langsung memberi penekanan kepada wajah dalam rakaman itu.

Keempat-empat CCTV itu juga mungkin mempunyai keupayaan infra merah kerana visual berkenaan amat terang walaupun keadaan bilik tidur yang tidak dipasang lampu.

Selain kemampuan infra merah, pencahayaan video berkenaan turut dibantu oleh sumber cahaya lampu dari bilik air yang pintunya sedikit terbuka.

Daripada pengamatan wartawan, wajah ahli politik berkenaan dan pasangannya yang dipercayai pelacur dari China masih jelas kelihatan, termasuk keadaan perut buncit serta bahagian tertentu yang bercukur.

Kesemua CCTV itu juga dipercayai diletakkan di atas sebuah meja yang mungkin menempatkan televisyen dengan lensa kamera berkenaan menghadap ke katil.

Pemerhatian wartawan juga mendapati di hujung kaki katil berkenaan, terdapat sebuah meja solek dengan cermin memantulkan imej pintu di sebelah tempat CCTV itu diletakkan.

Boleh dikatakan hampir kesemua wartawan yang berpeluang menyaksikan rakaman berkenaan semalam mempunyai keyakinan bahawa lelaki dalam rakaman itu adalah ahli politik pembangkang terkenal tanah air.

Malah, ada wartawan mempunyai keyakinan sehingga 200 peratus bahawa lelaki berkenaan merupakan ahli politik berkaitan.

Bagaimanapun, kesahihan video itu tidak dapat dipastikan selagi Datuk T yang memiliki rakaman tersebut tidak menyerahkannya kepada pihak polis atau mana-mana pakar forensik video untuk pengesahan 
 
kredit :- utusan.com.my

Sah DNA Milik Anwar Ibrahim?



mahkamah dah decide sebentar tadi bahawasanya 3 barang tuala,berus gigi dan botol air minuman yang dikemukakan sebelum ini diterima sebagai bukti bahan padankan DNA lelaki Y !



Identiti Datuk T Terbongkar?? Siapakah Datuk T?



Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri.

Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis

Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.

Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T.

Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an. Ketika muncul di Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video dijalankan.

Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang hadir.

Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'. 

Gambar Anuar Ibrahim | Lelaki Dalam Video Seks Itu Anuar Ibrahim??



gambar ni di copy dari :- http://medan-info-kita.blogspot.com/

cerita penuh mengenai video seks anuar ibrahim...korang leh bace kat sini :- http://novandri.blogspot.com/2011/03/gempar-penemuan-tweeter-di-mana-anwar.html


Monday, March 21, 2011

Artis Tunjuk Buah Dada | Pelakon Baru Miera Liyana



Sebut sahaja namanya pasti ramai yang tidak mengenali siapa pelakon baru ini. Namun, impak kontroversi yang dibawa ketika hadir di Malam Golden Gala Rafflesia Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu sudah cukup kuat untuk menaikkan nama Miera Liyana.

Apa tidaknya, gaun berwarna kuning keemasan yang dikenakan pelakon drama Kamelia Katrina pada malam itu telah menampakkan sebahagian daripada sisi buah dadanya itu . Ia bukan saja telah mengejutkan kejutan di kalangan tetamu yang hadir. Bahkan, ada segelintir pihak yang tidak senang melihat penampailannya yang sedaring itu.

Tidak kurang juga yang menganggap pendatang baru ini sengaja mengundang kontroversi serta mencari publisiti murahan supaya dirinya lebih cepat dikenali ramai.

Namun, bila ditanya tentang hal itu, Miera mengakui ianya adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Malah, dia memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya berpakaian yang seksi sebegitu hingga menampakkan sebahagian daripada sisi buah dadanya.

"Terus-terang, saya memang agak tergesa-gesa waktu memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut. Say ahanya berkesempatan untuk memilihnya pada pagi Jumaat lalu dam hanya berpeluang mencubanya pada jam 5 petang sebelum bermulanya malam gala itu.

"Itupun saya sempat pin ditengah-tengah baju dengan brooch supaya ia tidak menampakkan lurahnya. Bila saya dah buat macam tu, saya ingat ianya tidak nampak terlalu seksi. Rupanya, tanpa disedari ianya masih lagi terdedah di sisi.

"Apa yang pasti, saya tidak bermaksud untuk mencari pubilisiti murahan kerana saya lebih suka orang kenal saya dengan cara lakonan dan watak yang saya bawakan," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu lagi.

Miera juga turut mengakui bahawa dia sebenarnya tidak begitu selesa mengenakan pakaian tersebut. Apatah lagi menyedari ramai yang memerhatikannya dengan pandangan yang pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur caranya berpakaian.

"Saya tidak salahkan sesiapa pun termasuk Wan Huzairil sendiri dalam hal ini,. ungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Saya redha dengan kesilapan yang tidak disengajakan. Saya juga mahu ambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan kalau boleh tidak mahu mengenangkannya lagi.

"Apa-apa pun saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan hatiyang terbuka dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," akhirinya yang baru sahaja tamat menjayakan pengambaran filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Saturday, March 19, 2011

Lirik Lagu Sedetik Lebih By Anuar Zain | Memang Lebihh Lahhhhh




i suke giler dengan lagu neh..best..best...lirik die sangat-sangat meaningfull...i want dedicated this song for my love...i miss & love u abang~


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
 
Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


suke lagu neh?? download here

Friday, March 18, 2011

Photogenik | Kaki Melaram | Kembar Cik Epal???

selamat petang all..hee..akhir-akhir ni kan...i selalu perasan tau..kebanyakan gadis-gadis comel..kiut-miut ni sume suke bergambar...ala-ala model gitu...i pon tak terkecuali gak...ekekek..nak jugak ellis neh..ish..ish..

actually i selalu jugak update sorang gurl ni..lame gak la i ikot perkembangan die..since dekat friendster..myspace sampai la ke facebook...i suke tgk gamba-gamba die..air muka die..siyesly sedap mate memandang..nampak lembut jerk...

die neh popular ngan name green chenta..i pon x sure nape name die gitu..haha..mybe die peminat setia warna hijau kot kan..ekeke..

 curik gamba neh kat cikepal.. :D

bile tengok budak neh kan...siyesly automatik teringat kat blogger yang sememangnye malatop..sape  lagik kalo bukan cikepal ..sket lebih kurang same ngan cik epal gayenye..suke berfesyen...bergambar...berposing......buleh la die join club cik epal....heee... :D

kat bawah ni ade i curik sket gambar die kat facebook...banyak giler gambar die..tapi yang kat bawah ni jerk la yang i berkenan...ekeke.. :D..jom tengok sat...









iMesh...Layan Gak lah Benda Neh

lately i cam tersuka plak dengan laman sosial yang baru ni iaitu iMesh..eh, cop..x sure la plak iMesh ni  baru or lame..but for me ianya masih baru kot...

so, far ok..best gak la..ramai kawan lam tu..macam-macam rupa kite leh jupe...and the best part is..kite siap leh donload lagu lagik...ekekeke..so, memang banyak gile la lagu-lagu baru yang x kuar kat radio lagi kite leh dengo kat lam tuh...pilih jerk nak lagu ape..omputih ke...spainish ke..germany ke..india ke..sume ade...

iMesh ni x same cam facebook...sebabnye..bile kite tengah layan iMesh..kite siap bleh dengo lagu lagik...kite just drag jerk lagu-lagu yang kite nak dengo kat lam playlist iMesh tu..so, nanti die akan play sendiri..so, kite x yah la nak bukak gune realplayer ke..flv ke..vlc ke...senang...sume ade lam tuh...


ni home page die..sgale yang kawan kite update die akan kuar kat sini...and nak edit ape-ape pon sume kat sini....even nak search kawan baru pon kat sini jugak...



yang ni plak contoh view profile kite..x brape nak smart la profile die..but, so far ok la...background tu ikot suke hati kite la nak letak gambar ape pon..mcm i..i suke letak gambar baby yang comel..sedap sket mate memandang..ekeke


haa..yang neh plak playlist lagu yang i cakap tu..macam-macam lagu ade..pilih je mane yang nak...nak dengo kat situ pon boleh..if nak donload pon boleh...free jerk..x kene bayo pon...banyak gak lagu best-best...layannn jerk la..ekeke

eh, lagik satu...kalo dh join tu jgn lupe add i eh... ( ellissuriyani )..  (^_^)

Thursday, March 17, 2011

Saat Menilai Cinta




SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. 

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. 

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. 

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya. 

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Berbohong secara kompulsif | Kanak-Kanak Berbohong



Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.

KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.
Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.

Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa Berbohong??


Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif. 

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.