i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Tuesday, June 21, 2011

Ujian Berat Membimbing Seorang Mualaf | Bagaimana Cara Memeluk Agama Islam | How To Convert To Muslims



salam all..tetiba harini i nak wat entry pasal orang-orang kristian, hindu, budha or sesape yang mahu memeluk agama islam...actually i tergerak hati nak buat entry ni sebab i ada kawan ngan de seorang lelaki ni..from Filipin...dia Kristian..so, sejak dia kawan dengan i..tetiba dia cakap dia nak convert to Muslims..

so, i macam terkejut la..dalam hati i cakap..ye ke tidak die neh..ni bukan bende boleh memain..x pepasal i kene bertanggungjawab bimbing die ke jalan yang benar....then i pon cakap la...r u serious?? then dia cakap dia serious...

so, i pon cakap lagi..if u jadi seorang muslim..banyak benda yang u kena tinggalkan..banyak benda u x boleh buat..so, u dah ready??..then dia cakap..dia dah ready as long as i mampu dan sanggup guide dia..Ya Allah, besarnya ujian kau kali ni...ujian yang tak pernah aku terpikir nak kena bimbing seorang muaalaf lepas ni..

then i cakap..once u dah jadi muslim nanti..u tak boleh minum arak, u tak boleh pakai aksesori perempuan, u tak boleh itu..u tak boleh ini...u kena jaga solat, u kena puasa..bla..bla..bla...jenuh i dok menerangkan kat dia sesatu..ekekek.


so, dia pun cakap..no problem..dia memang tak minum arak..so, dia akan buat yang terbaik...as long as i nak bimbing dia..Ya Allah...seolah-olah dia macam mengharap kat i...tetiba i terfikir..kenapa mesti aku...i tak tahu macam mana nak buat...diri i sendiri pon terumbang-ambing lagik di lambung ombak..ni kan i nak kene bimbing seorang muaalaf...

i harap..i mampu bimbing dia ke jalan yang benar...i pon tengah mencari seseorang yang boleh guide dia..lelaki la..hopefully i jumpa orang yang boleh guide dia sebaiknya...doakan i eh...


BAGAIMANAKAH SAYA NAK MASUK ISLAM ?

Jawapan :

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.


 
Ucapan Dua Kalimah Shahadah


Bahasa Arab (Paling Afdhal) :


أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ


Bahasa Melayu :


Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah


Bahasa Inggeris :
I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah


! Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar (bukan dari wahhabi, Syiah, Hizbut Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka bolehlah :
1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dgn pihak berkuasa yg berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.
1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)
- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)
2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )


Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.


Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :


! HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada)


! BERKELUARGA & BERMASYARAKATlah dengan saudara baru kita...jangan biarkan mereka merasa terasing lagi terpinggir ditengah2 masyarakat Islam yang sebegini ramai..berbicaralah dengan mereka sesantun dan sejujur mungkin kerana mereka ini bagaikan kain putih bahkan tak ubah seperti bayi yang baru dilahirkan...suci bersih dari sebarang noda dan dosa...uruskan hak-hak mereka seperti zakat sebaik mungkin...tunjukkanlah kepada mereka Akhlak dan Keperibadian Agung Islam yang sebenar...Besar ganjaran pahala bagi mereka yang mengIslamkan, mera'ikan apalagi membimbing Saudara Baru seperti mereka...


! PERTAHANKANLAH AQIDAH KITA DAN MEREKA HINGGA KE TITISAN DARAH...DEGUP JANTUNG daaannn HELA NAFAS YANG TERAKHIR!!!.


P/S : Disediakan oleh Tuan Blog berdasarkan kajian, pengamatan dan pengalaman beliau sendiri dalam menguruskan proses pengIslaman & bimbingan kepada saudara baru dan individu yang mula menyedari kebenaran Islam dan mencari hidayah petunjuk serta ketenangan hakiki dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sebarang bentuk perbincangan, pertanyaan, perkongsian pengalaman, tips-tips bimbingan saudara baru, kelas-kelas bimbingan Aqidah dan Asas-asas Ilmu Islam boleh hubungi :


012 9879948

atau emailkan ke

alhanief1@yahoo.com .


" إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ الإِسْلاَم "
 
" SESUNGGUHNYA AD-DIN (AGAMA) DISISI ALLAH ITU HANYALAH ISLAM "    

No comments: