i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Tuesday, June 28, 2011

Michelle Yeoh Diharamkan Masuk Myanmar



BINTANG Hollywood, Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dan disenarai hitamkan oleh negara Myanmar.
Menurut sumber, Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

"Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Michelle terus diusir dan tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke negara tersebut," kata sumber itu yang merahsiakan identitinya kepada pemberita.

"Pelakon itu sudah disenarai hitamkan di negara ini," kata sumber kedua pula.

Bagaimanapun, sebab-sebab pihak Myanmar bertindak sedemikian terhadap pelakon itu tidak dijelaskan.

Pada Disember tahun lalu, Michelle telah berjumpa dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi di rumah pemenang Anugerah Nobel Keamanan di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand.

Dalam filem tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun ini.

Bekas ratu cantik Malaysia itu mula dikenali apabila membintangi filem James Bond pada tahun 1997 dan mencipta nama melalui filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga Memoirs of Geisha
 

No comments: