i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Monday, April 4, 2011

Tambang Haji Kali Pertama Kekal



Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.

Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.

Namun, menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.