i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Tuesday, April 5, 2011

KONSPIRASI LAGI : GAP JAWAP FAKTA PALSU WAN AZIZAH !



wan azizah bertindak macam biasa, skrip yang telah dikatam sejak 1998. isu video seks ini adalah konspirasi katanya.

rakyat harus faham game politik mereka. mengalihkan isu adalah mainan utama. salah diri sendiri dikalihkan kepada orang lain.

teori konspirasi sudah basi. dulu rakyat boleh tertipu dengan psikologi politikal war oleh anwar. tetapi tidak hari ini.

perhatikan teori konspirasi ciptaan anwar sejak 12 tahun kebelakangan ini.

KONSPIRASI ANWAR DIPECAT

anwar dipecat pada 2 september 1998.
anwar ditahan pada 10 september 1998.

aku bekas orang pkr. pada ketika itu kami kerap turun naik jalan setiamurni 1, bukit damansara. bukan setakat selepas anwar dipecat, malah sampai ke tahap anwar dihantar ke munich pun kami berkonvoi ke KLIA.

minggu lepas tun daim zainudin bekas menteri kewangan muncul.

ada beberapa perenggan yang dijawap oleh tun daim akhirnya membenarkan cerita panas selepas pemecatan anwar.

harus kamu faham pada ketika itu kami di pihak reformasi, maka segala teori/misteri akan kami bersikap bias.

sebagai contoh tun daim memberitahu tak sampai 10 tahun sahaja anwar menuju ke puncak kejayaan.

ia bermula dengan kerusi ketua pemuda umno,naib presiden umno dan akhir sekali timbalan presiden umno.

jelas umno itu sendiri mengulangi kaedah stereotype yang sama apabila berhadapan dengan pesalah dalaman umno.

sebagai contoh, datok haron pernah disumbatkan ke penjara kerana salah laku rasuah.

dr mahathir telah memujuk kerajaan pada waktu itu untuk membuat rayuan diminimakan hukuman terhadap datok haron.akhirnya datok haron bebas selepas beberapa tahun berada dalam tahanan.pernahkah kita mendengar datok haron menyebut punca kejatuhannya adalah kerana konspirasi ?

datok haron cuba membuat comeback ke dalam umno, namun dinasihati oleh dr mahathir agar rileks terlebih dahulu. berdasarkan pengamatan dr mahathir, datok haron namanya akan jatuh mendadak sekiranya dia cuba bertanding di peringkat tertinggi umno. namun nasihat dr mahathir tidak diterima oleh datok haron. kesannya datok haron kalah teruk dalam pemilihan.

rahim tamby chik pernah diarah meletakkan jawatan ketua pemuda umno walaupun mahkamah dan peguam negara mendapati beliau tidak bersalah. pernahkah rakyat mendengar perkataan konspirasi terpancul dari mulut beliau ?

berdasarkan kepada situasi semasa seingat aku anwar pernah berceramah mengaitkan nama daim zainudin dalam teori konspirasinya.

katanya (selepas dipecat) dr mahathir telah menghantar 3 wakil (antaranya daim zainudin) untuk cool down kan anwar.

bukan sekadar itu, contoh-contoh salahlaku pemimpin umno yang pernah dikaitkan dengan kesalahan lalu membuat comeback selepas beberapa tahun wajar dicontohi oleh anwar.

namun usaha ini ditolak oleh anwar. malah bukan sekadar itu, usaha ini anwar telah salahgunakan maksudnya lalu  anwar melakukan spin cerita kononnya dr mahathir mengaku kalah. munculnya daim dalam isu memujuk dianggap sebagai konspirasi peringkat tertinggi.

disinilah anwar menekan/menitikberatkan pemahaman perkataan konspirasi kepada penyokongnya. dengan cara ini maka anwar dapat melarikan pemikiran penyokongnya sebab musabab beliau dipecat.

konspirasi 98 dan konspirasi 2011 tajaan anwar sudah tak lut, tak laku dan merupakan barang lusuhan. tiada nilai. 

konspirasi 2011 adalah mengenai kelakukan anwar yang gian untuk melakukan hubungan seks. moral of the story yang terletak pada isu ini, bukan siapa yang mendedahkan tetapi adakah anwar melakukan ? sampai sekarang menuding jari ke arah semua orang tapi diri sendiri bagaimana...

 daim ada menyebut ;
Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti. Apa yang berlaku sehingga beliau dipecat daripada UMNO bukan satu konspirasi politik. Teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai guna meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri.

KONSPIRASI SUNTIKAN HIV

pada tahun 1999 wan azizah memberitahu seluruh dunia anwar telah disuntik dengan darah HIV. kecoh satu malaysia. wan azizah menuduh umno yang melakukan konspirasi ini.
tapi sampai sekarang kebenaran teori konspirasi ciptaan wan azizah tidak menemui kebenaran. kalau anwar disuntik darah HIV, sudah pasti dia dah lama mati.

ISU ARSENIK

isu arsenik muncul pada tahun 2001. anwar melalui agen propagandanya memberitahu rakyat bahawasanya umno telah memberikan racun arsenik kepada anwar.


bukan sekadar itu, isu konspirasi arsenik ini cuba disamakan pula dengan pembunuhan napoleon bonaparte. rakyat tertipu lagi. 


jika benarlah anwar kena racun arsenik, dah lama dia mati.
bagaimana pula dengan video ini ? 

JELAS ANWAR BERJAYA MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN FITNAH KONSPIRASINYA..
 




ternyata konspirasi ciptaan keluarga puaka ini adalah rekayasa fitnah sahaja.

sudah-sudahlah wan azizah. jangan alihkan segala kebejatan salahlaku moral anwar dengan menuduh orang lain yang salah.
 

No comments: