i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Ameng Mengaku Miliki Dadah



MELAKA – Selepas dua minggu ditahan reman berkaitan kes dadah, vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memiliki dadah kanabis dan dadah methamphetamine (syabu).

Selain Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati itu, turut didakwa di mahkamah sama ialah isterinya, Sabariah Zakariah, 41.

Ameng mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan memiliki dadah yang dibacakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Bagaimanapun, Sabariah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa memiliki dadah jenis kanabis yang berat kasar sebanyak 122 gram pada pukul 5.20 petang di No. 1, Hotel Senyum Mesra No. 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya di sini pada 1 Februari lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Wednesday, February 9, 2011

Ifa Raziah 'Sembur' Safura & Pengikut Twitter | Safura Di Panggil Binatang? | Pengikut Twitter Di Panggil Khinzir!!

 
Pelakon Ifa Raziah mencetuskan kontroversi apabila melemparkan perkataan yang agak “panas” kepada seorang pelakon melalui laman sosial Twitter miliknya pada Sabtu lalu.

Menerusi Twitter itu, Ifa memanggil pelakon berkenaan sebagai perempuan murahan selain menasihatinya supaya tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan pelakon tersebut dalam rancangan Melodi Ahad lalu kononnya turut mengaitkan Ifa Raziah.


 Kata-kata yang dilkeluarkan Ifa Raziah terhadap artis yang dipercayai ditujukan untuk Safura.

Ifa Raziah yang juga Pengarah Urusan, Zenzoria ketika dihubungi menjelaskan tujuannya melemparkan kata-kata kasar menerusi Twitter miliknya kerana tidak berpuas hati selepas melihat kenyataan artis berkenaan iaitu Safura Ya‘cob berserta keratan akhbar dan gambar mengenai kes mereka yang disiarkan menerusi Melodi pada siaran 30 Januari lalu bagi menerangkan kemelut yang melanda mereka selama ini.

“Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.

“Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?” soal Ifa.

Jelas Ifa, Isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.


Menerusi Twitter yang sama, Ifa turut memarahi pengikut Twitter berkenaan yang cuba masuk campur terhadap kesnya dengan Safura.
Ifa juga turut mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 dan saman malu di Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 terhadap Safura.

“Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi.

“Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai,” katanya.

Sementara itu, di Twitter yang sama, Ifa turut berbalah dengan beberapa pengikutnya apabila segelintir mereka memberi komen negatif terhadap Ifa berhubung pendapatnya terhadap Safura menerusi laman sosial berkenaan.

“Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka



“Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya,” katanya berang dengan segelintir pengikut Twitter yang melemparkan cacian kepadanya.

Jelas Ifa, dia tidak mahu berdiam diri dan terus dipandang hina oleh segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang artis.

Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura

Saturday, January 22, 2011

Gambar-Gambar Persandingan Ayu Raudhah












Gambar Nikah Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

haha...x menyempat-nyempat i nak tepek gambar kahwin dorang neh..tapi sayang...make-up tak berapa nak cantek la...bagi i if dia tak make-up lagik cantek kot..









***********************************************



Friday, January 21, 2011

Ayu Raudhah Dan Zaquan Selamat Diijabkabul



ALOR SETAR 21 Jan. - Pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di sini hari ini.

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis di masjid itu di sini pada pukul 3.30 petang..Pada majlis itu, Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31. 

Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang. 

Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di sini bermula pukul 8 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara. 
 

Pengakuan Fasha Sandha Dan Jejai Berpisah | Hanya Saya Dan Jejai Sahaja Yang Tahu - Fasha



KL, 21 JAN 2011: Terkejut ada, tak percaya pun ada bila Murai Batu dikhabarkan dengan cerita panas yang satu ini. Terima kasihlah kepada teman Murai Batu yang kecil molek yang sudi menyampai cerita yang agak panas ini.

Khabarnya, aktres kontroversi Malaya, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha telah pun putus cinta dengan buah hatinya, Jejai. Memang sukar untuk Murai Batu percaya, tapi informer Murai Batu bersungguh-sungguh mengatakan berita tersebut benar..

Mari kita dengar penjelasannya.

Jelasnya, hubungan antara mereka putus disebabkan kerana Jejai sudah tidak tahan dengan perangai Fasha yang dikatakan agak suka 'meroyan' tak tentu pasal. Dek kerana itu, Jejai yang juga merupakan bekas suami Nora Danish ini dikatakan angkat kaki kerana tak mahu pening-pening lalat memikirkan sikap aktres jelita itu.

Sukar untuk Murai Batu mempercayai cerita tersebut, namun kata teman Murai Batu kisah berkenaan memang benar.

Tak dinafikan, Murai Batu sebenarnya pernah mendengar kisah panas ini, tapi Murai Batu enggan mempercayainya. Namun apabila teman terdekat ini datang berjumpa dan bercerita kepada Murai Batu, ia sedikit sebanyak telah membuatkan Murai Batu berfikir dua kali, sama ada betul atau tidak cerita ini.

Malah dalam satu pertemuan baru-baru ini, Fasha mengakui yang mereka masih lagi pasangan kekasih. Jadi yang mana satu betul, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa.

Murai Batu tak mahu menyokong mana-mana pihak, tapi jika betul seperti yang dikatakan Murai Batu harap Fasha mahupun Jejai, buat banyak-banyaklah bersabar.

Tapi kalau cerita yang Murai Batu dengar ini salah, Murai Batu amat gembira dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepatlah menamatkan hubungan cinta tersebut dengan ikatan yang sah. Lagi cepat lagi bagus kerana tidak akan ada lagi kisah-kisah kurang enak boleh dijaja.
kredit to :- murai.com.my


*********************************************************************************

ni pulak dari hmetro.com.my

Terbaru, ada sumber memberitahu Rap, hubungan Fasha dan Jejai sebenarnya sudah putus sejak sebulan lalu iaitu sebelum pelakon itu bercuti di Bali dan percutian ke Bali itu sebagai mengubat hati. Jejai dikatakan mengaku kepada sumber itu, dia dan Fasha sudah putus ketika dia keluar berdua dengan wanita lain, baru-baru ini.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai status hubungannya dengan Jejai, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 26, Harian Metro cuba mendapatkan penjelasan Fasha.

“Maaf, saya tak mahu melayan isu sebegini sebenarnya. Tetapi memandangkan Harian Metro menghubungi saya banyak kali dan kerana menghormati hubungan baik yang terjalin selama ini, saya jawab soalan itu dengan ringkas.

“Hanya saya dan Jejai saja yang tahu perkara sebenar dan terpulanglah kepada sesiapapun untuk membuat andaian mengenai hubungan kami itu,” katanya.

Tegas model dan pelakon kelahiran Johor Bahru ini, dia juga menafikan cerita hubungannya dan Jejai sudah putus seperti yang disebarkan orang itu.

“Apa yang saya boleh katakan, kali terakhir Jejai berjumpa saya pada 4 Januari lalu, sebaik saja saya tiba dari Bali. Kami makan malam bersama ketika itu.

“Jejai bertolak ke Jepun pada 6 Januari untuk menyertai keluarganya yang pergi seminggu lebih awal. Jejai juga menelefon saya setiap hari ketika dia berada di pulau Niseko, Jepun,” katanya.

Malah, kata Fasha lagi, ketika dia berada di Bali juga, Jejai sentiasa menghubunginya setiap waktu. Jika Jejai gagal menghubunginya, kekasihnya itu akan cuba sedaya upaya untuk bercakap dengannya dengan menghubungi kawan perempuannya yang lain ketika di Bali.

“Saya masih simpan ‘call log’ senarai panggilan dan semua khidmat pesanan ringkas (SMS), BB Mesengger di telefon bimbit. Saya ada bukti dan saksi dan sekiranya keadaan memaksa, saya tidak keberatan untuk menunjukkannya,” katanya.

Akui Fasha, hubungannya dengan Jejai juga baik sampai sekarang. Baginya, tidak perlu semua cerita peribadi ini dikongsikan secara terperinci dengan peminat.

“Mengenai persoalan, ada orang ingin saya dan Jejai putus, itu saya tidak mahu komen. Pada pandangan saya, setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Itu adalah normal. Apa yang pasti, hanya saya dan Jejai saja yang tahu setiap cerita,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, kata pelakon yang sangat komited ini, buat masa ini dia terbabit dengan penggambaran untuk slot Samarinda sebanyak 20 episod, Samson Delaila arahan Raja Ahmad Alauddin terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Dalam drama itu, Fasha memegang watak De Laila bergandingan dengan Ady Putra sebagai Samson. Skrip cerita ini ditulis Azlina Pak Wan yang juga penulis cerita Chinta.

“Kini saya dalam proses mempertimbangkan dua tawaran berlakon filem dan satu drama bersiri. Saya juga terpaksa menolak tawaran beraksi dalam teater Terima Kasih Cinta kerana komitmen dengan drama Samson Delaila. Saya juga hanya akan terima satu tawaran dalam satu masa kerana ingin fokus pada sesebuah projek saja,” katanya.

Drama bersiri 26 episod lakonannya, Dia Atilia bergandingan dengan Zamarul Hisyam kini bersiaran di Astro Prima. Apa yang menarik, Fasha membawa watak gadis lasak, Atilia yang menyimpan perasaan pada teman baiknya, Faizal, tetapi lelaki itu mengahwini rakan sekuliah mereka.

Manakala, filem lakonannya, Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila bakal menjengah pawagam pertengahan tahun ini. Dalam perkembangan lain, Fasha yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 sibuk dengan persiapan terakhir salun miliknya, Chinta Salon yang beroperasi di Wangsa Link.

Selain itu, dia juga baru menandatangani kontrak untuk tahun ketiga bersama barang kemas Habib Jewel. 
 

Thursday, January 13, 2011

Fasha Terasa Hati Jejai ikut Nora ke Jepun



kredit to kosmo!

hahah..klakar la...senget jerk Fasha neh...takot ke yang Jejai akan kembali ke Nora Danish semula?? kehkehkeh

Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.
Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.
"Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.
"Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu," beritahu rakan Fasha itu.


Fasha Kunci Mulut | Kontroversi Gambar Seksi


kredit to mStar Online


tak abeh-abeh kontroversi si Fasha Sendat Sandha neh..haish..

Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internet.

Jelas Fasha, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.
“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya.
“Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.
Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.
Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.
Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.
“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.
“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya.
Tambah Fasha, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan asam garam dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis.
Malah katanya, dia sudah biasa berhadapan dengan kontroversi yang lebih teruk sebelum ini.

ape-ape je la cik Fasha oii...dah terang-terang memang gambar awak yang pakai bikini tu..x kan awak nak kate tidak pulok kan....kalau dah awak menafikan gambar tu...abeh tu gamba sape plak yang bertepek tu ye ...

Wednesday, January 12, 2011

The Best Of Ally Iskandar & Faizal Ismail | Hot Host | Video Lawak ALLy & FBI


thanks to pakcik google

bg i the best pengacara is ALLY & FBI...yeahh...i sokong sangat-sangat dorang ni jadik host ape program pon...i love Ally & FBI damn much..ekekek..siyesly i suke sangat dekat die...bukan i suke sebab cinta okeh..tapi i suke sebab lawak dorang yang spontan dan menjadi tuh..yang tak boleh blah tu...bile tgk muke FBI..innocent gile...rase cam nak lempang jerk..kehkeh..

baru-baru ni i kusyuk giler tengok dorang jadik pengacara AJL..i bukan tengok artis buat persembahan... tau tapi i leka tengok celoteh FBI & Ally Iskandar...sangat tak bleh blah...lelagi time yang die speaking english tu..haha...senget jerk dorang tu..haishh....

i rase la..i nak cadangkan..if anugerah-anugerah lain...better offer FBI & Ally jadi pengacara..baru la best..pengacara yang lain i tengok cam x best je..tah hape-hape..lawak pon x jadi...mcm kaku jerk..kehkeh...kalau dulu Aznil Nawawi memang best la...or Afdlin Shauki ke kan...sebab lawak dorang memang spontan..kalau pengacara lain..sume asek nak ikot skrip jerk..x best la....xde feel nak tgk anugerah tu...kan..kan..kan..ni pendapat i jerk la..x tau lakkorang cam ne..

eh ni i ade cut part lawak yang i suke sangat-sangat time AJL haritu..kalo u all x sempat tgk haritu..meh tgk meh.. :D


Ally :- What is ur name?
FBI :- My name is Faizal
Ally :- Who is Faizal?
FBI :- Faizal ISmail...kehkehkeh

Ally :- What is my name?
FBI :- ur name is Ally Iskandar
Ally :- Who is Ally?
FBI :- Ally ISkandar..kehkehkeh...

shutup not shutup (diam x diam)





Saturday, January 8, 2011

Catriona Ross Disuruh Buka Tudung Oleh Pengarah






i baca mStar online harini....so, i cam tertarik la nak baca pasal Catriona Ross neh..siyesly i suke giler tengok die pakai tudung..so sweet...bagi i lebih cantik kot die bertudung dari tak bertudung..nampak kemas jerk kan....alhamdulillah lah artis skang ramai yang dah bertudung...

dalam mStar tu..actually Catriona di beri watak utama dalam drama tu..tapi bile Catriona tak mau bukak tudung pengarah menukarkan watak utama kepada watak sampingan sahaja...errk...patut ke pengarah macam tu?

ape pengarah tu ingat artis ni sesuke hati nak bertudung nak bukak tudung tu sume...if dah terang-terang watak tu memerlukan perempuan tak bertudung..kenape plak die offer dekat artis bertudung..dah tu sesenang nak suh orang tu bukak tudung sebab nak memenuhi syarat watak...

tah la..pengarah sekarang pon kebanyakan macam tak berfikir secare rasional...just sekadar nak buat drama untuk memenuhi syarat watak, skrip, penerbit tu sume..better x yah la kot...yang penting dalam sesebuah drama tu adalah mesej yang perlu disampaikan...dats all...

to pengarah-pengarah kat Malaysia ni..before offer watak kat artis tu..pk banyak kali dulu watak yang nak beri tu...jangan nanti watak tu x memerlukan tudung..tapi offer dekat artis bertudung.....


Wednesday, January 5, 2011

Memang Patut Pun Abby Dedah Norman, Memey Tinggal Serumah

 kredit to mStar



bagi i, Abby Abadi tak salah pun buat mcm tu...memang patut pun kot die dedahkan yang Memey dan Norman tinggal serumah..nak tunggu orang lain yang dedahkan..memang xde le...skali Abby bukak mulut..ha ambek ko....kahkahkah

Abby pon bukan nak mendedahkan apetah lagik nak membangkitkan lagik perkare yang lalu..tapi bile dah pepagi bute, si Memey angkat phone Norman yang ketike tu kat umah kan...mane tak hanginnye...dah la orang tengah sibuk nak siapkan anak-anak kesekolah..yang die sesibuk nak menggatal angkat phone orang..amek la kau kene bahase balek dengan Abby..kahkah...len kali pikir dulu b4 buat ye Memey....kan diri sendiri yang malu...sendirik tanggung la..

Tuesday, January 4, 2011

Memey, Norman Duduk Serumah...Abby Abadi Panggil Memey Perempuan Gatal


mungkin agak gatal jugak lah bagi i kalau seseorang yang bukan muhrim duduk serumah dengan kite kan...tapi i pun tak boleh nak kate lebih sebab kite pun tak tahu sape lagi penghuni yang ade dekat rumah tu ye dakk...tapi if benar cume mereke berdua je...bukan setakat gatal lagik dah..tapi lebih dari tu..kehkehkeh..batu api ellis neh...

betul jugak la ape yang Abby cakap kan. Memey tu pempuan gatal..yang Memey ni sesibuk nak angkat call tu pehal...saje nak carik pasal jek kot..x pun nak menunjuk yang die tu duduk serumah dengan Norman...even if ko tu tunang Norman pun and ade penghuni lain kat umah tu ke..cam x manis kot ko duduk serumah dengan Norman...lelebih lagik nak gegatal angkat phone orang...erkk..please la...dah dok serumah tu..dendiam je sudah..x yah nak heboh2 plak kasik org tau yg ko ade kat umah tuh...erkk..aku plak yg lebih pe hal lak neh....


statement Memey dalam mStar..

eh, tau plak ko takut or malu orang lain tau....pape tah...dah terang lagi nyata pun nak tepis-tepis gak...tah la..suke hati korang la eh.....hopefully kekal and aman la Memey & Norman tu kawen kot...


tapi kan betul la jugak ape yang Abby cakap kat FanPage die  :- 

You get what you give, whether it's bad or good. We treat people in so many ways whether it is in Good or Bad manner.But bear in mind that it WILL come back to us. It may be from the person we treated or it may be from some strangers we barely know. Those things will guarantee you a Payback either here in real-life tim...e or soon in the Hereafter. What goes around comes around!


sabar je la kak Abby...semoga menjadi semakin tabah...biar lah ape yang orang buat kat kite..pastinye die akan dapat balik balasan yang lebih teruk dari yang die buat kite...kite tgk je sampai bile die akan bertahan... be strong okeh...


p/s :- i suke tgk Abby berlakon dalam cite Mahabbah De Laila...

Monday, January 3, 2011

Siti Musliha...Korang Ingat Lagik Tak?



korang ingat lagik tak dengan Siti Musliha?? pelakon yang cacat tu ( i bukan nak mengutuk..tapi just nak ingatkan balik siapa Siti Musliha) ...tiba-tiba i teringat dengan pelakon ni..dah lama die tak kuar tv kan...

seingat i, sekali je kot i pernah tengok die berlakon...drama bukan ku pinta kalo x silap i....i x ingat sbb mase tu i skolah rendah lagik kot..jalan cite die pon i x berape nak ingat..tapi sedih sangat la cite tu...i pon nanges tau tgk cite tu...

yang i bangga dengan dia..even fizikal die macam tu...tapi die tak malu pun muncul di khalayak ramai...die tak heran pun ape yang orang akan cakap pasal diri die...i pun bangga dengan die..sebab die kuat semangat..die kuat dari segi fizikal dan mental...kalau i kat tempat die pun..belum tentu i akan kuat macam dia kan..

tibe-tibe i cam rindu plak nak tengok die berlakon lagi..agak-agak..macam mana la dia sekarang eh??

Siti Musliha ada album sendiri..lagu dia sedih...yang i paling suka lagu Hujan Air Mata...nak dengar x ?? meh klik bawah neh :-




Mendung berarak
Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu

Tiap jelmaan
Malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan

* Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama

** Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan

*** Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati

**** Terima kasih
Padamu teman
Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan

Wednesday, December 22, 2010

Maya Karin Terima Yusry Kru

kredit to Kosmo!

sweet sangat..i suka kalau Maya Karin & Yusry Kru ada hubungan lebih dari kawan sekali pun..dorang nampak serasi..sangat-sangat cute okeh...sangat sepadan...

tak salah la pon if dorang keluar berdua nak pergi tengok wayang or what...dengan status dorang yang Janda & Duda skali pon...tak mendatangkan masalah dekat sesape pon..dorang bebas nak keluar dengan sesape...

kat bawah ni keratan dari Kosmo!

“Ya, Yusry ada ciri-ciri lelaki dan suami yang saya idamkan dan saya tidak menolak andai dia jodoh saya"

tak kisah la ape pon...i tetap setuju if dorang ni bersatu.... tapi kalau Yusry nak pilih i..i lagik setuju...ekekek..

enuf ellis..jangan nak berangan lelebih okeh..

Saturday, December 11, 2010

Zaquan Adha Puji Badan Ayu Semakin Langsing




Selepas menjalani rawatan badan dan muka di pusat kecantikan AsterSpring, ramai yang menegur perubahan wajah dan bentuk badan aktres Ayu Raudhah.

Selain rakan dan ahli keluarga terdekat, tunangnya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak turut memuji bentuk badan Ayu yang lebih langsing berbanding sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pemain bola sepak kebangsaan dari Negeri Sembilan itu juga memuji wajah Ayu yang lebih berseri pada hari pertama dia membuat rawatan di pusat kecantikan yang mempunyai cawangan di Bangsar itu.

Pelakon drama dan filem Nur Kasih ini dipelawa untuk menjadi rakan AsterSpring pada November lalu dan mengikuti program rawatan muka dan badan Beautiful Bride dalam tempoh setahun.

Adik kepada aktres Rozita Che Wan ini membuat rawatan sebagai persediaan sebelum menempuhi majlis pernikahannya yang akan berlangsung pada 20 Januari depan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setar Kedah manakala majlis resepsi pula akan berlangsung sehari selepas itu di lokasi yang sama.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.

“Saya diberitahu oleh perunding AsterSpring bahawa saya mempunyai kulit kering dan mencadangkan supaya saya mendapatkan rawatan Balancing Facial sebelum melakukan rawatan melembap dan menyegarkan muka serta menggunakan beberapa produk Dermalogica.

“Sementara rawatan badan kegemaran saya adalah Burn & Break Fat dan Drain & Detoxify dalam program Healthy Body Therapies,” kata aktres jelita ini yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari.

Selain Ayu, aktres Raja Farah yang telah selamat diijabkabulkan pada 12 November lalu dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria turut terpilih untuk mengikuti program ini selama setahun.

AsterSpring melancarkan pakej tersebut di AsterSpring Suria KLCC, Khamis.