i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Perkahwinan MAYA tidak Dibenarkan | Perkahwinan Internet



SEKS siber (cybersex) adalah hubungan seks secara maya antara dua individu atau lebih secara jarak jauh melalui jaringan komputer dengan setiap orang menghantar mesej hubungan seksual kepada pasangannya.

Kemudahan webcam pula menjadi nilai tambah kerana ia berlaku pada waktu sebenar. Bagaimanapun, ia tidak membabitkan hubungan seksual sebenar tetapi lebih kepada khayalan seksual atau melakukan onani

Memandangkan seks siber tiada hubungan seksual, ia dikira dalam kategori percubaan melakukan zina (mukadimah zina). Bagaimanapun, Islam tetap melarang dan mengharamkannya sekiranya bukan suami isteri terbabit.

Jenayah zina adalah persetubuhan haram yang sengaja dilakukan dengan wanita yang dikira haram disetubuhinya. Islam tidak dapat menerima konsep pernikahan melalui alam maya (Internet) seperti yang anda inginkan.

Perkahwinan alam maya hanya bersifat imaginasi semata-mata. Lagipun perkahwinan dalam Islam ada rukun dan syarat-syarat tertentu.

Termasuk dalam rukun nikah adalah (1) lelaki yang bakal menjadi suami (2) perempuan yang bakal menjadi isteri (3) wali (4) dua orang saksi dan (5) ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan).

Ada pula syarat tertentu kepada bakal suami dan isteri tadi, antaranya bagi suami hendaklah Islam, lelaki tertentu, belum mempunyai empat isteri, dengan kerelaan sendiri dan seorang lelaki dan bukan khunsa.

Bagi bakal isteri pula hendaklah beragama Islam, perempuan yang tertentu, bukan mahram kepada lelaki bakal suami, bukan isteri orang atau tidak dalam iddah dan tidak berihram haji atau umrah.

Pernikahan melalui alam maya tidak dapat memastikan rukun dan syarat nikah terlaksana. Dengan itu, ia tidak dibenarkan. Anda dinasihatkan berbincang dengan keluarga atau sahabat terdekat dalam merancang perkahwinan yang sebenar seperti yang sudah diamalkan masyarakat Islam.

Percubaan kreatif seperti perkahwinan alam maya tidak dapat memenuhi tujuan sebenar perkahwinan iaitu memupuk kasih sayang sesama pasangan dan penambahan zuriat.


Thursday, March 17, 2011

Berbohong secara kompulsif | Kanak-Kanak Berbohong



Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.

KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.
Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.

Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa Berbohong??


Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif. 

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Saturday, January 22, 2011

Lawak | Report Budak Praktikal Dekat Office i | Format PC Di Monitor?

adoii..naseb baik la i tergerak  hati nak baca report praktikal student kat office i ni....apekejadahnye tulis report macam tu...kesian betol la budak neh...tak kan lah tak pernah wat report kot..ayat tu patutnye elok-elok la sket..ni dah macam ayat budak skolah rendah la pulak...budak skolah rendah pon ayat lagi baik dari ni..haishh....

setiap ape yang dia buat..dia akan tulis dalam report..sampaikan i suh p umah bos pon dia tulis gak lam report...tapi report semalam dia belum buat lagi..agaknye la kan...yang i suh dia p beli makanan semalam tu ..dia tulis ke tak eh lam report dia..mampus akuh...








Friday, January 21, 2011

Orang Kata..Kalau Kita Kongsi Minuman Atau Makanan Dengan Seseorang, Kita Akan Selalu Ingat Kat Orang Tu...Betol Ke?



perghh..gila panjang tajuk entry i..hahaha..ni kes tak tau nak letak tajuk ape la ni..ish..ish..ish...hopefully korang faham la eh dengan apa yang cuba i maksudkan tu....

okeh..back to the tajuk entry i ..betul ke eh if kita kongsi air atau makanan dengan orang lain...tak kira la perempuan atau lelaki..kita akan sentiasa ingat kat orang tu..or orang tu akan ingat kat kita??

means tak adalah 24 hours orang tu dok ingat kat kita macam dah kena minyak senyonyong tu...maksud i macam kalau orang tu tak ada dengan kita..kenkadang kita akan teringat kat dia..x pon orang tu yang ingat kat kita..macam tu la..paham tak?? haha...bebuat paham je la eh..i pon susah nak explain sebenarnya...kahkahkah

i pon tak berapa nak pasti pasal benda ni..tapi adalah akak-akak ni yang cakap kat i...time tu i nak share makanan dengan sorang brader ni..pastu akak tu cakap..nanti brader tu akan sentiasa ingat kat i..bila i tak ada ke..brader tu akan sebut-sebut nama i..means cam terase kehilangan la...

pastu bila i fikir-fikir balik..ada betul jugak lah apa yang dia cakap kan..tapi tak adalah 100% i percaya...cuma kenkadang i pun selalu teringat dekat orang-orang yang jauh dari i..padahal macam tak logik kot kalau i nak ingat kat dia..sebab tak da motif apa pun..bukan i ada fair ke ape ke ngan orang tu...tah la..i pon agak kepelikan jugak la...

korang pernah tak teringat dekat orang yang tak sepatutnya korang ingat???


Thursday, January 20, 2011

Awek-Awek KL Comfirm Boleh Pakai!!!!



ehem..awek KL comfirm boleh pakai?? apekah?? i baru je masuk satu forum neh...forum ni tema die kaler hijau...dan hanya untuk lelaki-lelaki or jantan-jantan gersang yang nak mendapatkan khidmat perempuan-perempuan..eh cop..perempuan kah beliau?? or betine?? tah..pk sendiri la weh....

sorry la..if agak kasar sket ayat i kan..but i cam rasa tak patut kot siap tubuhkan forum sebegitu...kat dalam forum tu mostly berkenaan dengan lelaki-lelaki gersang..n admin forum tersebut boleh dikire cam bapak ayam or ibu ayam gak la..sebab die yang rekemen or memperdagangkan perempuan betine utk buat seks..means dah cam kaunter untuk booking pempuan plak weh...

very lengkap okeh forum tu...cakap je pempuan mane yang korang nak..orang KL ke,  chinese girl ke.. umo bape ke..sume ade weh..korang cume perlu tgl kan no telepon or tetapkan tarikh n tempat je untuk mengorak langkah korang tuh..erkk...ingatkan semakin berkurangan seks..rupanya semakin berleluasa la pulak...siap ade forum bagai sume...sangat hebat...mmg patut la di tubuhkan rumah harapan kan...so, dengan harapan baby-baby yang bakal dibuang akan bertambah...

banyak kategori la dalam tu..ade yang untuk awek gersang..ade yang untuk jantan gersang n ade yang untuk berbayar..means buat seks kene bayar la..yang free pon ade gak..tu suke same suke la kan...if x nak buat seks..phone seks, video seks or mms seks pon ade jugek..tah la..macam-macam weh ade lam tu...

i maleh nak cite banyak..sebab i ni kan pempuan..kehkehkeh...cam x sedap la plak nak cite panjang lebar...so, if nak tau lanjut...just tanye je la mr google eh...tema forum tu wane hijau hoke...

Wednesday, January 19, 2011

Pertaruh Nyawa Kutip Duit Syiling RM74,000 Bertaburan Di Jalan Raya

 Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa duit syiling di susur keluar Pedas, Negeri Sembilan, semalam.

REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.

Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.

Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.

Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.

"Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

"Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan," ujarnya di sini hari ini.

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.

Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.

Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

Tuesday, January 18, 2011

Pelajar Berusia 15 Tahun Dibunuh Kejam Sebelum Ditanam Di Belakang Rumah

KOTA SAMARAHAN: Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.
Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal Isnin yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.
"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan baru digali sebelum menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian serta berlumuran darah.
Polis, kata Abdul Rahman, juga menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk membunuh mangsa tidak jauh dari lubang tempat mayat mangsa ditemui.
Beliau berkata, berdasarkan laporan awal siasatan, sekumpulan lelaki yang dipercayai daripada geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan terbabit memandangkan mangsa telah mengetahui kegiatan mereka, namun mangsa enggan.
Berikutan kejadian itu, Abdul Rahman berkata, polis kini turut memburu suspeklain yang dipercayai masih bebas dan terbabit dalam pembunuhan kejam itu. 

 kredit to mStar..

Saturday, January 15, 2011

Video Lagu Relaku Rempit





dah la bosan arini..kene keje..x de semangat tol..haishh...
tapi bile i dengar jerk lagu neh..leh lak tetibe i jadik ceria balek..kehkehkeh...
senget jerk lagu die..tak bleh blah langsung....


Friday, January 14, 2011

Cara Macam Mana Nak Sorok Password | How To Hide Your Password


weh, kalo korang p cc ke..or kat opis ke kan..if korang nak taip password facebook, ke email  ke or what ever la kan..mesti korang nak kene pandang kiri, kanan, depan balakang dulu kan...ye lah..nanti  takot-takot orang lain tau plak password kite pulak nanti kan..kang x pepasal die leh expose kite punye rahsia bagai yang ade lam tu ye dak...

tapi kan..i rase lah kan..if korang guna cara ni..lagik selamat kot...cume korang sanggup dengan tak sanggup jerk la..tapi untuk dapat hasil yang memuaskan memang 100% la....ekeke












kahkahkah....

Thursday, January 13, 2011

Lelaki Pakai Coli Maut Jatuh Kondo

ape motif die pakai coli neh.....

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A, Sentul Utama Kondominium, Taman Datuk Senu, Sentul di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mayat mangsa, Shahnizam Aman, 26, ditemui di tingkat bawah bangunan 17 tingkat itu dengan memakai coli wanita dan berseluar biru.
Menurut beberapa orang penghuni, mangsa dan seorang rakannya dikatakan cuba memasuki sebuah rumah di tingkat 12 melalui balkoni rumah itu.
Bagaimanapun, apabila kehadiran mereka disedari tuan rumah, mangsa dipercayai terjatuh manakala rakannya sempat melarikan diri.
Tiada sebarang pengenalan diri mangsa ditemui kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih serta kunci pendua beberapa unit kediaman kondominium itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala ekoran jatuh dari tempat tinggi.

Pengasas Google Beli Kapal Layar Terpakai RM137.7 Juta


Kapal layar milik Larry Page yang dibeli pada harga RM137.7 juta. 


Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai ‘kelab pemilik kapal mewah’ apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.

Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.

Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu.

Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.

Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion).
p/s :- wahh...agak-agaknye bile lah die nak ajak i naik kapal ni eh..kehkehkeh..
 

Wednesday, January 12, 2011

Kenapa Sekarang Aku Anti Motor | Aku Memilih Untuk Jalan Kaki



baca dari kiri ke kanan..ekekek


kredit to amazingnara.com

The Best Of Ally Iskandar & Faizal Ismail | Hot Host | Video Lawak ALLy & FBI


thanks to pakcik google

bg i the best pengacara is ALLY & FBI...yeahh...i sokong sangat-sangat dorang ni jadik host ape program pon...i love Ally & FBI damn much..ekekek..siyesly i suke sangat dekat die...bukan i suke sebab cinta okeh..tapi i suke sebab lawak dorang yang spontan dan menjadi tuh..yang tak boleh blah tu...bile tgk muke FBI..innocent gile...rase cam nak lempang jerk..kehkeh..

baru-baru ni i kusyuk giler tengok dorang jadik pengacara AJL..i bukan tengok artis buat persembahan... tau tapi i leka tengok celoteh FBI & Ally Iskandar...sangat tak bleh blah...lelagi time yang die speaking english tu..haha...senget jerk dorang tu..haishh....

i rase la..i nak cadangkan..if anugerah-anugerah lain...better offer FBI & Ally jadi pengacara..baru la best..pengacara yang lain i tengok cam x best je..tah hape-hape..lawak pon x jadi...mcm kaku jerk..kehkeh...kalau dulu Aznil Nawawi memang best la...or Afdlin Shauki ke kan...sebab lawak dorang memang spontan..kalau pengacara lain..sume asek nak ikot skrip jerk..x best la....xde feel nak tgk anugerah tu...kan..kan..kan..ni pendapat i jerk la..x tau lakkorang cam ne..

eh ni i ade cut part lawak yang i suke sangat-sangat time AJL haritu..kalo u all x sempat tgk haritu..meh tgk meh.. :D


Ally :- What is ur name?
FBI :- My name is Faizal
Ally :- Who is Faizal?
FBI :- Faizal ISmail...kehkehkeh

Ally :- What is my name?
FBI :- ur name is Ally Iskandar
Ally :- Who is Ally?
FBI :- Ally ISkandar..kehkehkeh...

shutup not shutup (diam x diam)





Wednesday, January 5, 2011

Ada Toyol Kat Umah i..Spesis Toyol 20 Hengget!!



i rasa ada hantu toyol la kat umah i...siyes weh...memule hari tu duit i ilang 20 hengget....pastu i buat mcm tak kesah je la..mybe sbb i tercicir kot...or i salah letak ke kan..sbb i ni suke main tukar-tukar beg..kenkadang duit tu ade la terselit kat memane kan...


tapi pagi tadik bile cousin i cakap duit die ilang 20 hengget..tetibe i teringat ujung bulan 12 aritu pun duit i pun ilang 20 hengget jugak...erkk..pekes neh asyik ilang 20 hengget je...x kan la ni jenis toyol yang suke amek duit 20 hengget pulak...duit 50 xnak plak die amek..tapi die berkenan kat duit 20 hengget. je...agak pelik kat situ....toyol spesis ape kah itu?? ni yang i kene berjage memalam ni nak tgk betul ke toyol yang kecik cocomel pale bulat tu or toyol berkepale hitam..jeng..jeng..jeng....



p/s :- kalau betul toyol kepale hitam memang nak kene ketuk dengan tukul besi kepale die tuh...

Wednesday, December 29, 2010

Surat Dari Anak Derhaka..Tapi Takut Digelar Anak Derhaka


BUKTI...surat didakwa dihantar Maria memberikan alasan kewajaran tindakannya terhadap keluarga. 


keratan dari akhbar Harian Metro hari ni...i rasa macam tertarik plak nak baca cerita ni...tapi malangnye i tak dapat nak bace isi kandungan surat tersebut..kecik bebeno..juling bijik mate i ni nak bace...
actually ni pasal seorang bekas banduan yang hanya di kenali sebagai Maria memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya sendiri...dia mengadai barang kemas ibu tiri dia dan juga menyebabkan rumah mereka dilelong...eeeyaii...tergamak die buat macam tu...tak ke die rase kesian dengan bapa die sendiri..smpai sanggup buat macam tu..tak pepasal umah dilelong...takkan la die x pikir mane bapak die nak duduk nnti...

dalam surat tu pun dia cakap dia kurang didikan agama menyebabkan dia selalu buat perkara negatif dan melahirkan anak luar nikah..haishh....xde alasan kurang didikan agama menyebabkan die jadi mcm tu...pni semua bergantung pade diri kite sendiri...kite yg tentukan diri kite mcm ne...tapi yang pelik dan agak kelakar...dia siap boleh cakap jangan anggap dia sebagai anak derhaka....kahkahkah..tau pulak takot digelar anak derhaka...ingatkan tak sedo tadik...

tah la..macam-macam jadik skang...dah terang-terang buat salah..masih tak mengaku salah..dah terang-terang buat dosa pun masih jugak kate tak berdosa....pikir lah sendiri...

Monday, December 27, 2010

Kicap Pekat Berperisa Cicak

NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.

eyuckksss...pengotor gile la..cane lak leh ade cicak ni lam botol tu..ni yang kembang nak makan lauk yg bertemakan kicap neh..ishh...

KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak. 

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.


kredit to Kosmo!

Thursday, December 23, 2010

Lebih Sejuta Dapat Rebat Bil TNB

kredit to pakcik google...
KUALA LUMPUR - Seramai 1,068,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat rebat bil elektrik dengan anggaran kos berjumlah RM138.48 juta tahun depan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, langkah itu diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka, katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini semalam.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Noriah berkata, kerajaan membelanjakan RM116.24 juta bagi menampung rebat kepada pengguna.

Rebat tersebut hanya akan diberi kepada pengguna yang bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan Media TNB pula berkata, berdasarkan kadar rebat itu, pengguna domestik TNB tidak perlu menjelaskan bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah.

Bagaimanapun, pengguna yang menerima bil elektrik RM20 ke atas tidak layak untuk menerima rebat dan perlu menjelaskan kesemua caj yang ditetapkan.

Menurutnya, pemberian rebat itu bermula sejak 1 Oktober 2008 dan peringkat awal itu melibatkan 1.1 juta pengguna.


**** ape pulak penggune yang bawah 20 henget je dapat rebat..its not fair okay...sepatutnya kerajaan bagi rebat ni dekat pengguna yang menggunakan elektrik berlebihan macam 100-200 hengget sebulan...tapi tak la bermaksud suh rebat 100%...just less 10-20% pon dats enuf..haishh...

berapa la sangat penduduk yang gune elektrik yang bawah 20 hengget...rumah i je dah 250 hengget sebulan...setahun skali kerajaan bagi rebat..tak salah kot...


p/s :- errrr..memandai je i buat statement ni...ade lak x pepasal umah i xde elektrik malam kang...larikkkkkkkk... :D

Sunday, December 19, 2010

Makcik Tu Dah Tua..Hormatlah Sikit!!!!


haishh..aku memang berasap gile bile mate aku sendiri nampak kejadian ni...kalau makcik tu budak takpe..ni makcik tu dah tua..dah tua okay...sikit mase lagi dah boleh panggil nenek dah makcik tu...

tadi aku pergi kedai..nak beli sayur, bawang bagai tu semua...tengah aku dok mencari-cari barang-barang yang aku perlukan tu..sekali aku terdengar ade orang cam bertengkar kat bahagian belakang..aku pun pegi la tengok...siyesly dengar cam kecoh gile je..

bile aku sampai..tengok-tengok ade sorang perempuan yang lebih kurang sebaye ngan aku la..tengah marah sorang makcik ni...perghh..gilee mcm setan...suke hati mak bapak die je marah-marah makcik tu depan orang ramai..ingat makcik tu takde maruah ke..hormat la sikit...makcik tu dah tua dah pun...tak kan lah tak boleh nak consider langsung...

bukan makcik tu curik barang ko ke hape..makcik tu just terlanggar die sikit je..then ade la 2-3 barang yang terjatuh then terkene die sikit...disebabkan bende tu..die boleh plak nak marah makcik tu bagai nak rak...eh pls la...ko tu dah la pempuan...buat malu aku je ade kat situ as a perempuan jugak...harap muke je cantek..tapi bahase buruk gile...ikut sedap mulut je nak cakap...

kesian gile dengan makcik tu...terpakse tebalkan muke tahan malu..even if makcik tu memang bersalah pun..aku rase tak patut la nak marah die macam tu..nak menengking-nengking..tinggi suara bagai tu semua...walaupun die makcik yg takde pertalian darah dengan kite..kite kene hormat die macam mak kite jugak...cakap bebaik dengan die..bukan layan die macam budak-budak....pikir lah sendiri...

Saturday, December 18, 2010

Kenapa Orang Miskin Anak Ramai Tapi Orang Kaya Anak Sikit?


hi all..selamat malam..hmm..tadi i saje letak status kat facebook i " kenape orang miskin anak ramai tapi orang kaya anak sikit je "..i dah lame perasan perkara ni..so, tadi tetibe je i cam nak tengok pandangan orang pasal bende ni...then kwn2 facebook i pun bagi la feedback..jom kite tengok ape pandangan mereka :-



ada pandangan yang bagus...n ade gak pandangan yang agak kurang asam...ekeke..pandangan kurang asam tu..sile abaikan..ekeke...tapi bagi i la kan...orang miskin biasanya rezeki mereke memang lebih kepade anak...mereke kaya dengan anak..dan orang kaya die kaya kepade duit dan harta...kedua-dua tu ade baik buruknya...semuanya bergantung kepade diri sendiri jugak dan tu semua ujian dari ALLAH...

and ade jugak sesetengah yang bagi pendapat...kalau orang kaya anak ramai..nanti mereke berebut harta..and orang miskin anak ramai tu nanti anak mereka yang beri kemewahan kepade mereke..erkkk..betul ke?? i pon x sure...

pandangan korang plak mcm ne???