i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Showing posts with label Fasha Terasa Hati Jejai ikut Nora ke Jepun. Show all posts
Showing posts with label Fasha Terasa Hati Jejai ikut Nora ke Jepun. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Kereta Api Dan Penumpang Ghaib??



TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.

Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.

Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.

Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.

Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.

Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.

Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam..Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.

Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud...Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.

Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.

Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.

Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya

lets clicks churp²
sumber :- hmetro.com.my

Friday, January 21, 2011

Pengakuan Fasha Sandha Dan Jejai Berpisah | Hanya Saya Dan Jejai Sahaja Yang Tahu - Fasha



KL, 21 JAN 2011: Terkejut ada, tak percaya pun ada bila Murai Batu dikhabarkan dengan cerita panas yang satu ini. Terima kasihlah kepada teman Murai Batu yang kecil molek yang sudi menyampai cerita yang agak panas ini.

Khabarnya, aktres kontroversi Malaya, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha telah pun putus cinta dengan buah hatinya, Jejai. Memang sukar untuk Murai Batu percaya, tapi informer Murai Batu bersungguh-sungguh mengatakan berita tersebut benar..

Mari kita dengar penjelasannya.

Jelasnya, hubungan antara mereka putus disebabkan kerana Jejai sudah tidak tahan dengan perangai Fasha yang dikatakan agak suka 'meroyan' tak tentu pasal. Dek kerana itu, Jejai yang juga merupakan bekas suami Nora Danish ini dikatakan angkat kaki kerana tak mahu pening-pening lalat memikirkan sikap aktres jelita itu.

Sukar untuk Murai Batu mempercayai cerita tersebut, namun kata teman Murai Batu kisah berkenaan memang benar.

Tak dinafikan, Murai Batu sebenarnya pernah mendengar kisah panas ini, tapi Murai Batu enggan mempercayainya. Namun apabila teman terdekat ini datang berjumpa dan bercerita kepada Murai Batu, ia sedikit sebanyak telah membuatkan Murai Batu berfikir dua kali, sama ada betul atau tidak cerita ini.

Malah dalam satu pertemuan baru-baru ini, Fasha mengakui yang mereka masih lagi pasangan kekasih. Jadi yang mana satu betul, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa.

Murai Batu tak mahu menyokong mana-mana pihak, tapi jika betul seperti yang dikatakan Murai Batu harap Fasha mahupun Jejai, buat banyak-banyaklah bersabar.

Tapi kalau cerita yang Murai Batu dengar ini salah, Murai Batu amat gembira dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepatlah menamatkan hubungan cinta tersebut dengan ikatan yang sah. Lagi cepat lagi bagus kerana tidak akan ada lagi kisah-kisah kurang enak boleh dijaja.
kredit to :- murai.com.my


*********************************************************************************

ni pulak dari hmetro.com.my

Terbaru, ada sumber memberitahu Rap, hubungan Fasha dan Jejai sebenarnya sudah putus sejak sebulan lalu iaitu sebelum pelakon itu bercuti di Bali dan percutian ke Bali itu sebagai mengubat hati. Jejai dikatakan mengaku kepada sumber itu, dia dan Fasha sudah putus ketika dia keluar berdua dengan wanita lain, baru-baru ini.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai status hubungannya dengan Jejai, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 26, Harian Metro cuba mendapatkan penjelasan Fasha.

“Maaf, saya tak mahu melayan isu sebegini sebenarnya. Tetapi memandangkan Harian Metro menghubungi saya banyak kali dan kerana menghormati hubungan baik yang terjalin selama ini, saya jawab soalan itu dengan ringkas.

“Hanya saya dan Jejai saja yang tahu perkara sebenar dan terpulanglah kepada sesiapapun untuk membuat andaian mengenai hubungan kami itu,” katanya.

Tegas model dan pelakon kelahiran Johor Bahru ini, dia juga menafikan cerita hubungannya dan Jejai sudah putus seperti yang disebarkan orang itu.

“Apa yang saya boleh katakan, kali terakhir Jejai berjumpa saya pada 4 Januari lalu, sebaik saja saya tiba dari Bali. Kami makan malam bersama ketika itu.

“Jejai bertolak ke Jepun pada 6 Januari untuk menyertai keluarganya yang pergi seminggu lebih awal. Jejai juga menelefon saya setiap hari ketika dia berada di pulau Niseko, Jepun,” katanya.

Malah, kata Fasha lagi, ketika dia berada di Bali juga, Jejai sentiasa menghubunginya setiap waktu. Jika Jejai gagal menghubunginya, kekasihnya itu akan cuba sedaya upaya untuk bercakap dengannya dengan menghubungi kawan perempuannya yang lain ketika di Bali.

“Saya masih simpan ‘call log’ senarai panggilan dan semua khidmat pesanan ringkas (SMS), BB Mesengger di telefon bimbit. Saya ada bukti dan saksi dan sekiranya keadaan memaksa, saya tidak keberatan untuk menunjukkannya,” katanya.

Akui Fasha, hubungannya dengan Jejai juga baik sampai sekarang. Baginya, tidak perlu semua cerita peribadi ini dikongsikan secara terperinci dengan peminat.

“Mengenai persoalan, ada orang ingin saya dan Jejai putus, itu saya tidak mahu komen. Pada pandangan saya, setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Itu adalah normal. Apa yang pasti, hanya saya dan Jejai saja yang tahu setiap cerita,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, kata pelakon yang sangat komited ini, buat masa ini dia terbabit dengan penggambaran untuk slot Samarinda sebanyak 20 episod, Samson Delaila arahan Raja Ahmad Alauddin terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Dalam drama itu, Fasha memegang watak De Laila bergandingan dengan Ady Putra sebagai Samson. Skrip cerita ini ditulis Azlina Pak Wan yang juga penulis cerita Chinta.

“Kini saya dalam proses mempertimbangkan dua tawaran berlakon filem dan satu drama bersiri. Saya juga terpaksa menolak tawaran beraksi dalam teater Terima Kasih Cinta kerana komitmen dengan drama Samson Delaila. Saya juga hanya akan terima satu tawaran dalam satu masa kerana ingin fokus pada sesebuah projek saja,” katanya.

Drama bersiri 26 episod lakonannya, Dia Atilia bergandingan dengan Zamarul Hisyam kini bersiaran di Astro Prima. Apa yang menarik, Fasha membawa watak gadis lasak, Atilia yang menyimpan perasaan pada teman baiknya, Faizal, tetapi lelaki itu mengahwini rakan sekuliah mereka.

Manakala, filem lakonannya, Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila bakal menjengah pawagam pertengahan tahun ini. Dalam perkembangan lain, Fasha yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 sibuk dengan persiapan terakhir salun miliknya, Chinta Salon yang beroperasi di Wangsa Link.

Selain itu, dia juga baru menandatangani kontrak untuk tahun ketiga bersama barang kemas Habib Jewel. 
 

Thursday, January 13, 2011

Fasha Terasa Hati Jejai ikut Nora ke Jepun



kredit to kosmo!

hahah..klakar la...senget jerk Fasha neh...takot ke yang Jejai akan kembali ke Nora Danish semula?? kehkehkeh

Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.
Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.
"Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.
"Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu," beritahu rakan Fasha itu.