i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Showing posts with label Lisa Dan Yusry KRU Bercinta. Show all posts
Showing posts with label Lisa Dan Yusry KRU Bercinta. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Lisa Surihani 'Tawan' Hati Yusry Dengan Kain Samping


Hubungan cinta pelakon Lisa Surihani dan pengarah filem Yusry Abdul Halim semakin kuat dan kukuh, namun pasangan itu belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
Sementelah hubungan mereka masih baru berputik dan dalam proses saling memahami antara satu sama lain, Lisa pandai memikat hati Yusry dengan menempah kain samping khas.
“Yusry tidak gemar memakai baju Melayu dengan samping kerana dia tidak suka membetulkan samping yang mudah longgar dan melindungi poket seluarnya.
“Jadi, sebab itu saya memberitahu idea kepada pereka fesyen untuk menjahit samping yang ada zip dan poket khas untuknya. Semuanya ada tiga pasang dan berlainan warna dan corak,” kata Lisa di samping Yusry sewaktu majlis rumah terbuka KRU Studios di rumah Norman Abdul Halim di Cyberjaya baru-baru ini.
Diusik tentang hubungan cinta mereka yang semakin rancak, kedua-duanya yang tampil baju raya warna sedondon akui sudah beraya di rumah keluarga masing-masing.


“Kami tidak pernah menyembunyikan hubungan kami dan saya sudah membawa Lisa berhari raya dan bertemu saudara-mara saya di Gopeng pada Hari Raya kedua lalu.
“Begitu juga dengan saya yang ada mengikut Lisa berhari raya di rumah sepupunya di Ampang, Selangor pada malam Hari Raya pertama,” ujar Yusry.
Tambahnya lagi: “Saya memang serius dengan Lisa dan tidak berdolak-dalik apabila ada yang bertanya tentang hubungan kami. Cuma tentang tarikh perkahwinan yang digembar-gemburkan akan berlangsung pada tahun 2012 adalah tidak benar.
“Kami belum merancang apa-apa kerana masing-masing sangat sibuk dan belum sempat berbincang tentang perkara itu. Percayalah, memang tiada agenda tersembunyi…”
Menyentuh tentang karier seni masing-masing, Lisa bakal bertolak ke Istanbul pada Oktober ini selama 20 hari dan dijangka pulang pada penghujung bulan itu untuk menjayakan lakonan sebuah filem romantik komedi arahan Bernard Chauly berjudulIstanbul, Aku Datang.
Filem terbitan Red Communications Sdn Bhd itu turut dilakonkan oleh Tomok dan Beto Kusyairi dan akan menjalani 100 peratus penggambaran di negara itu.
Selain itu, dia sedang menunggu kemunculan filem terbarunya berjudul Ombak Rindu danPapa, I Love You di pawagam.
Sementara itu, Yusry sedang sibuk dengan proses penggambaran filem Vikingdom yang bakal menggunakan khidmat pelakon Hollywood.

Wednesday, July 6, 2011

Lisa Surihani Bukan Menyibuk Pada Majlis Orang



Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2010, Lisa Surihani menjelaskan kehadirannya pada majlis-majlis tertentu yang tiada berkaitan dengan dirinya bukan untuk menyibuk tetapi memberi sokongan sesama rakan artis.

Jelas Lisa, dia tidak pernah terfikir untuk meraih perhatian media ataupun sesiapa sahaja ketika berada pada sesebuah majlis.

"Setiap majlis kebiasaannya saya datang kerana dijemput dan ada juga majlis terbuka yang saya datang semata-mata untuk beri sokongan kepada kawan-kawan.

"Jika ada tuduhan mengatakan saya hendak menyibuk seperti yang diperkatakan, saya seorang yang sentiasa berfikiran positif dan bagi saya itu bukan perkara yang salah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem SAM, di sini, Isnin.

Lisa menjelaskan ketika ditanya tentang komen pada ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang mempersoalkan tindakan seorang artis yang dilihat muncul pada beberapa majlis hiburan yang tiada kaitan dengannya.

Walaupun gosip tersebut tidak menyebut namanya, tetapi beberapa pihak mendakwa ia ada kaitan dengan Lisa.

Dia yang dikaitkan bercinta dengan pengarah Yusry Abdul Halim itu juga dikatakan terlalu banyak menonjolkan diri tanpa menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai pelakon popular.

Tambah Lisa, tidak mahu niat baiknya untuk bersama-sama menyokong industri seni tanah air disalah ertikan oleh segelintir pihak.

Dalam pada itu, dari segi lakonan filem, Lisa berkata dia hanya membintangi tiga buah filem sepanjang tahun ini berbanding enam buah filem ditayangkan pada tahun lepas.

"Tahun ini filem saya kurang separuh iaitu hanya tiga buah filem sahaja berbanding tahun lepas enam buah filem.

"Mungkin kerana banyak komitmen lain yang perlu saya bahagikan seperti untuk program Mari Menari dan beberapa iklan komersial.

"Namun bagi saya ia adalah untuk kebaikan juga kerana saya boleh mengekalkan nilai eksklusif," ujarnya yang turut membintangi filem SAM di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production Sdn Bhd.

Bercerita tentang filem terbarunya itu, dia mengaku teruja dan menantikan peluang untuk berlakon di bawah produksi berkenaan.

"Saya pernah terfikir dan berangan untuk berlakon di bawah arahan Datuk Yusof, dan ketika mereka tawarkan watak ini saya sangat terharu menerimanya.

"Biarpun arahan Syafiq yang juga merupakan pengarah baru, tapi saya yakin dia mampu untuk menghasilkan filem yang terbaik," katanya.

Tuesday, June 7, 2011

Yusry & Lisa, Hubungan Lebih Matang


CYBERJAYA: Pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang.

Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.

"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula.

"Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, di sini, Isnin.


Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, kata Lisa pula, setakat ini dia begitu selesa dengan Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Malah, Lisa juga gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang terjalin itu,

"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.

"Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status perhubungan ini," ujarnya yang bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul Ular.

Bagaimanapun, tegas Lisa, perhubungannya dengan Yusry tidak ada kaitan untuk dia mendapat ruang bagi membintangi mana-mana filem terbitan produksi KRU