i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Monday, September 19, 2011

Aku Terima Nikahnya......






aku terima nikahnya...si polan binti si polan dengan mas kahwin...bla..bla..bla......

wahh..senangnye kan lafaz nikah..ade saksi dan saksi mengesahkan..terus sah jadi suami isteri...takde lah susah mane pon kan...stakat nak lafaz je..pahtu dh sah si perempuan tu jadi milik si lelaki selamanya....bahagianya lah hidup...

hmm..mesti ramai yang fikir macam tu kan...dengan sekali lafaz jerk si perempuan sudah menjadi milik beliau...tapi pernah ke mereka fikir tujuan sebenar mereka kahwin?? untuk apa?? just untuk menghalal kan hubungan mereka supaya nanti tidak ditangkap khalwat?? mcm tu??

kepade si lelaki yang bakal bergelar suami..kamu perlu sedar kerana selepas ini tanggungjawab kamu tersangatlah besar..bukan hanya sekadar lafaz nikah then kamu bebas lakukan ape sahaja...si perempuan yang telah menjadi isteri kamu yang sah perlu kamu bimbing dan jaga...kerana selesai sahaja kamu melafazkan akad nikah secara automatiknya kamu akan :-

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku”

wahai si suami..sungguh besarkan tangungjawab mu selepas ini? adakah kamu sanggup membimbing isteri kamu seperti yang diperintahkan agama? adakah kamu sudah bersedia menaggung segala risiko dan kemungkinan yang bakal si isteri lakukan...

dan untuk si isteri pula...bergelarnya kamu isteri yang sah kepada suami kamu..hendaklah kamu mengikut segala perintah dan kemahuannya..hendaklah kamu penuhi segala apa yang diminta dan suruhannya..tetapi jangan pula bercanggah dengan agama..

dan si isteri tahukah kamu bahawa segala dosa kamu selepas ini akan ditanggung oleh si suami...maka jika apa yang diperintahkan oleh si suami hendaklah kamu turuti...dan si isteri..jika kamu benar-benar menyayangi suami kamu..hendaklah kamu sentiasa menjaga adab dan tingkah lakumu..hendaklah kamu sentiasa menjaga auratmu..dan hendaklah kamu sentiasa menjaga solatmu dan janganlah kamu menderhaka terhadap suami mu...


wahai isteri..bantulah suamimu mencari nur kebahagiaan rumah tangga...supaya perkahwinan kamu diberkati...dan wahai suami..jangan lah sekali-kali kamu menganiaya isterimu..dan jangan lah pula kamu menyakiti hati isterimu...


kepada yang bakal menjadi suami & isteri...semoga menjadi suami yang soleh kepada isteri yang solehah... :)