i Love this Quotes

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed.".....Alhamdulillah :)

Tuesday, January 18, 2011

Pengetua Akademi Fantasia 9 Erwin atau Ahmad Dhani?



SUDAH menjadi satu kelaziman setiap tahun, isu pengetua yang bakal menerajui program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia pasti akan menjadi satu isu besar. Ibaratnya seperti isu nasional yang sememangnya akan menarik perhatian ramai sehingga timbulnya perdebatan antara peminat program itu terutama sekali tentang kelayakan individu yang terpilih itu nanti.

Sekadar menyingkap sejarah, AF yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2003 itu menyaksikan Datuk Freddie Fernandez dipilih sebagai pengetua untuk AF musim pertama. Ini diikuti dengan penerbit dan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli M.S. selaku pengetua AF2 dan AF6, M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4) dan Roslan Aziz (AF5). AF7 menyaksikan sejarah baru tercipta apabila Datin Seri Tiara Jacquelina mencipta sejarah menjadi pengetua wanita pertama yang menerajui AF sebelum jawatan itu disandang oleh Norman Abdul Halim tahun lalu.

Untuk tahun ini, sekali lagi, isu pengetuanya kembali menjadi topik hangat apabila terdapat ura-ura yang mengatakan posisi panas itu akan disandang oleh karyawan luar. Sebelum ini pun, Hits pernah dimaklumkan Astro mahu menampilkan pembaharuan dengan meletakkan seseorang yang cukup berpengaruh sebagai pengetuanya. Tetapi bukan anak tempatan, sebaliknya karyawan dari negara seberang, Indonesia dikatakan akan menerajui musim terbaru ini. Sementelah tahun ini menyaksikan AF adalah musim yang terakhir, alang-alang Astro mahu memastikan AF9 mampu memberikan impak yang luar biasa selepas lapan musim bersiaran.

Dua nama iaitu komposer, penerbit dan maestro muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa serta ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani merupakan yang disebut-sebut akan menjadi pilihan Astro untuk AF9. Daripada gambaran yang diberikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi yang mengatakan individu itu cukup dikenali di rantau Asia, sudah cukup jelas AF9 bakal diterajui oleh dua nama yang disebutkan itu. Namun, daripada sumber yang diperolehi, Erwin dikatakan tidak berminat untuk menjawat posisi itu dan kini hanya nama Ahmad Dhani sahaja yang tinggal. Tetapi tidak tahulah seandainya Astro memiliki magis dan kuasa pemujukan yang hebat sehingga mampu membuatkan Erwin mengubah fikirannya. Percayalah seandainya pemilihan Erwin atau Ahmad Dhani menjadi realiti, ia pasti akan menjadi satu polemik yang berpanjangan.

Bukan mahu menidakkan kehebatan Ahmad Dhani atau Erwin sendiri, malah memang diakui kedua-duanya memang cukup hebat dan dianggap genius dalam muzik di negaranya. Tetapi, persoalannya kini, apakah tidak ada lagi anak tempatan yang benar-benar layak untuk menyandang jawatan Pengetua AF9? Tidakkah dengan pemilihan orang luar itu kelak dilihat seolah-olah memperkecilkan bakat anak seni kita yang kebanyakannya memiliki pengalaman yang cukup luas? Ketika diajukan kebenaran di sebalik khabar angin yang semakin bertiup kencang itu, Azlin Reza lebih selesa untuk mengambil pendekatan mendiamkan diri. Enggan mengulas lanjut, dia hanya memberitahu semuanya masih lagi dalam perbincangan dan tiada apa yang boleh dikatakan buat masa ini. “Kalau dilihat sebelum ini pun, Ramli M.S. dan Ramli Sarip juga merupakan mereka yang bukan berasal dari negara ini tetapi diberi peluang untuk menerajui AF kerana pengalaman mereka.

“Tidak semestinya kalau orang luar dipilih sebagai Pengetua AF9 adalah mereka dari Indonesia. Boleh jadi dari negara lain juga. “Apa pun, perkara ini masih terlalu awal untuk diulas dan tunggu sahaja pengumumannya pada sidang akhbar yang akan berlangsung pada 24 Januari ini,” ulas Azlin Reza ketika ditanya tentang persoalan tersebut. Dia berkata demikian pada sidang akhbar AF9 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini yang turut dihadiri Penerbit Eksekutif AF9 iaitu Irwan Abdul Rauf. 

3 comments:

Tuan Penasihat said...

adat orang berniaga. mungkin astro rasa depa dah cukup kuat sampai dah tak kisah pendapat orang lain. AF buat apapun depa tetap dah ada penyokong tegar. janji untung. itu saja yang astro tau.

man yusoef said...

ntahpape...kat Malaysia ni terlalu mengagungkan lagu indon..tapi org indon bukan lyn sgt lagu msia...yg ada pon lagu siti je kot...haha

Cikbelog said...

eisk nape nak guna khidmat negara lain? nape tak lantik je siti nurhaliza tu jadi pengetua. ramai lagi yang berbakat kat Malaysia ni.